Tajwid & Al-Quran
Informasi Pembelajaran Tajwid dan Al-Quran
about this blog Artikel Blog Ini

Tajwid & Al-Quran

Tajwid & Al-Quran

published on November 13th, 2007 . by admin
Firman Allah s.w.t.:

‘Bacalah Al-Quran dengan bertartil (iaitu memelihara hukum tajwid).’

Al-Muzammil, ayat 4

 

Daripada Zaid bin Thabit r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hambaNya membaca Al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan’.

Riwayat Ibnu Khuzaimah

 

Ayat Al-Quran dan Hadith diatas adalah dalil yang menunjukkan membaca Al-Quran mestilah bertajwid. Kita mungkin biasa dengar ucapan ‘irama dan lagu tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan maka pincanglah lagu’, sebenarnya yang lebih utama tidak dapat dipisahkan adalah Tajwid dan Al-Quran. Maka bunyinya begini ‘Tajwid dan Al-Quran tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan maka pincanglah Al-Quran’. Kesimpulannya, kita semua mestilah belajar membaca Al-Quran secara bertajwid. Sebabnya? “Saya seorang Muslim.”

 

“Hukum mempelajari ilmu Tajwid Al-Quran adalah Fardhu Kifayah, mengamalkan hukum tajwid semasa membaca Al-Quran adalah Fardhu ‘Ain (wajib) bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.”

 

Saya terpanggil dengan adanya ilmu yang sedikit ini untuk memenuhi tuntutan sepertimana hadith dibawah:

Daripada Uthman bin Affan r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang Mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya.”

Riwayat Imam Al-Bukhari

Orang yang Mempelajari Al-Quran mesti ada pengajarnya, dan orang yang Mengajarkan Al-Quran mesti ada pelajarnya. Maka sekali lagi ‘Pengajar dan Pelajar tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan pincanglah Pelajar’. Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tidak dapat dipisahkan. Anda boleh penuhkan list anda sendiri.

 

Segerakan! belajar membaca Al-Quran secara bertajwid untuk diri anda sebelum datangnya 5 perkara berikut:

Masa LAPANG sebelum datangnya masa SIBUK

Masa SENANG sebelum datangnya masa SUSAH

Masa MUDA sebelum datangnya masa TUA

Masa SIHAT sebelum datangnya masa SAKIT

Masa HIDUP sebelum datangnya masa MATI

 

-ustahmads-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

 One Response to “Tajwid & Al-Quran”

  1. comment number 1 by: Fauzi

    Alhamdullillah..ada jugak kawan2 yg buat blog macam ni..boleh jugak belajar2 nak tambah ilmu akhirat. InsyaAllah dengan CD yg uztaz jual tu, boleh la baik sikit bacaan tajwid saya nanti.

    Fauzi
    www.smartniaga4u.com/trunklidcover.htm

Leave a Reply

Name

Mail (never published)

Website