Langkah Pembelajaran Berkesan…Tajwid & Al-Quran
November 16th, 2007 . by admin
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah sesuatu Pembelajaran Al-Quran Secara Bertajwid itu berkesan untuk kebanyakkan orang. Bukan bermaksud MUDAH tetapi BERKESAN. ‘Mudah’ bergantung kepada kecerdasan setiap individu manakala ‘Berkesan’ pula memberi maksud lambat -laung pelajar tersebut akan dapat membaca Al-Quran secara bertajwid dengan baik.
Turutan Cara Pembelajaran Tajwid Al-Quran Yang Berkesan:
1. Asas Bunyi Baris Atas mesti disebut dengan betul. Contoh: Ra’ Baris Atas bunyinya RO bukannya RA. Begitu juga dengan setengah-setengahnya yang lain.
2. Daripada Asas Baris Atas, insyaAllah baris-baris yang lain iaitu Baris Bawah, Hadapan, 2 Diatas, 2 Dibawah dan 2 Dihadapan akan sendirinya mudah untuk huruf-huruf berlainan.
3. Faham betul bagaimana sesuatu Hukum Tajwid itu berlaku dan bagaimanakah cara bacaannya. Praktiskan bunyi bagi Hukum Tajwid tersebut. Hafalkan kumpulan huruf-huruf bagi hukum tajwid tersebut jika ada.
4. Baca Latihan Berperingkat. Tidak boleh hanya sekadar membaca buku-buku tajwid. Buku tajwid bagus digunakan sebagai rujukan dan untuk pemahaman.
5. Ucapkan nama Hukum Tajwid, bagaimana ia berlaku, zahirkan bunyinya, sebutkan kumpulan huruf-hurufnya (untuk Hukum Tajwid yang telah dipelajari) SEMASA membaca Latihan Berperingkat. Atau, menjawab setiap soalan yang ditanya dengan jujur didalam Latihan Berperingkat tersebut sebelum beralih kepada latihan yang berikutnya.
6. Ulang perkara 3, 4 dan 5 sehingga habis module pembelajaran.
7. Praktiskan kelancaran dengan bersama-sama membaca surah-surah tertentu yang anda suka pada sesuatu masa (Sebaiknya ulang hingga anda boleh membaca bersama Qori tersebut-ikut CD) dengan imam-imam Mekah ataupun Madinah. Diperingkat awal ini, disarankan bacaan oleh qori Khalil Khusyairi atau Saad Said Alghomidi ataupun Masyari. Anda akan sentiasa tertinggal ke belakang apabila mengikut bacaan oleh Qori ini pada awalnya tetapi diakhirnya anda akan boleh membaca seumpama Qori tersebut baca. Mesti nak kan?
Jika anda mengikuti kaedah yang diterangkan di atas, insyaAllah anda akan dapat membaca Al-Quran Secara Bertajwid dengan baik. Anda boleh mendapatkan kaedah seperti yang diterangkan diatas di wajibtajwid.com.
Selamat Maju Jaya!
” Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”
-Ustahmads-




Posted in