Kaedah Pembelajaran Al-Quran…Secara Bertajwid
November 15th, 2007 . by admin
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran Al-Quran dari dulu hingga ke sekarang.
Pengalaman saya sebagai anak kebanyakkan di kampung:
- 6-12 tahun, Belajar Muqadam - mengeja satu persatu huruf Al-Quran hingga boleh membunyikan dengan betul. Tajwid? tidak tahu apa itu tajwid..yang tahu hanyalah mengikut bacaan guru agak-agak panjang, agak-agak pendek. Istilah dengung? tak tahu pun.
- 13-17 tahun, Membaca Al-Quran sambil diberitahu hukum tajwid - pernah dengar akan hukum tajwid tertentu. Terlalu sedikit yang ingat dan boleh diaplikasikan dalam bacaan. Tidak dapat mengenal hukum tajwid yang sama tetapi berlaku pada pertemuan huruf atau baris yang berbeza.
- 18-25 tahun, Tiada penambahan ilmu dari segi bacaan Al-Quran.
- 26-29 tahun, Belajar Kaedah Qiraati Dewasa - Pembelajaran asas yang tersusun. Penerangan hukum tajwid daripada guru, latih tubi pada hukum tajwid yang sama, soal-jawab hukum tajwid setiap kali mula dan semasa pembelajaran sebagai ulangkaji. Boleh ingat akan hukum tajwid dan mampu mengaplikasikan dalam bacaan Al-Quran.
Itu pengalaman saya sebagai anak kampung biasa. Saya tahu ramai yang lebih hebat daripada saya, awal-awal lagi dah belajar Al-Quran secara bertajwid atau mungkin di pondok-pondok tahfiz. Tapi tak kurang juga yang senasib dengan saya. Jika saya tidak diberi kuasa oleh Allah s.w.t. untuk belajar pada umur 26-29 tahun tu…sampai sekaranglah saya akan membaca Al-Quran dengan cara saya sendiri. Betul atau tidak bacaan saya? Anda sudah pasti tahu akan jawapannya!
Tetapi…sekarang sudah lain. Macam-macam kaedah ada. CD, VCD, Iqra’, Qiraati dan bermacam-macam nama yang lain lagi. Lain halnya dengan kaedah yang di perkenalkan oleh wajibtajwid.com, dimana ia adalah kaedah untuk membantu orang dewasa dalam mempelajari bacaan Al-Quran secara bertajwid sendiri dahulu, kemudian berguru hanyalah untuk memperdengarkan bacaan atau dengan kata lain memastikan bacaan anda adalah betul. Bukannya baru hendak mengenal nama sesuatu hukum tajwid.
Tidak seperti kaedah pembelajaran Al-Quran bertajwid yang lain, kaedah wajibtajwid.com mengekalkan cara pembelajaran 2 hala iaitu seumpama berhadapan dengan guru. 3 langkah pemahaman dan latihan yang diperkenalkan sungguh amat berkesan iaitu penerangan mudah hukum tajwid asas, soalan-jawapan bagaimana sesuatu hukum tajwid itu terjadi, audio bagaimana membunyikan sesuatu hukum tajwid dan latihan berperingkat yang diselangi dengan soalan-soalan sebagai latihan ulangkaji untuk mewujudkan asas tajwid yang kukuh dan boleh diaplikasikan.
“Walau setinggi gunung harta ku miliki, walau selautan wang aku genggami, namun semuanya itu tidak bererti jika…ayat-ayat Allah tidak aku cintai.”
-ustahmads-




Posted in