Boleh Pandai ke Saya Membaca Al-Quran Secara Bertajwid?
February 9th, 2008 . by admin
Ada yang bertanya saya, “Pembelajaran mengikuti CD ni dah lengkap ke? Betul ke boleh pandai dan lancar bila habis mengikuti emanual ni?”
Pembelajaran mengikuti CD ni dah lengkap ke?
Berbanding dengan Kaedah Qiraati, kaedah A-BA-TA, Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid ini agak lebih kurang sama lengkap tetapi mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri . Jika dibandingkan dengan Kaedah Iqra’ dan muqadam, ia adalah lebih lengkap. Tetapi, jika dibandingkan dengan Buku Tajwid Lengkap, ia adalah kurang lengkap. Walaubagaimanapun, ianya sudah memadai untuk peringkat awal pembelajaran Al-Quran secara bertajwid.
Pastinya, anda mungkin tidak mempelajari nama bagi sesuatu hukum tajwid menggunakan kaedah ini (berbanding Buku Tajwid Lengkap), namun anda telah pun membaca Al-Quran dengan kaedah tajwid yang betul. Anda mungkin keliru dengan penerangan ini. Saya bagi contoh, Mad Thobi’i (atau Mad Asli) dan Mad Badal.
Mad Thobi’i - Berlaku apabila sebarang huruf Baris Atas diikuti huruf Mad Alif atau Alif Kecil, sebarang huruf Baris Bawah diikuti huruf Mad Ya’ dan sebarang huruf Baris Hadapan diikuti Huruf Mad Wau. Dibaca panjang dengan kadar 2 Harakat.
Mad Badal - Berlaku apabila terdapat 2 Hamzah didalam satu kalimah yang mana Hamzah kedua digantikan dengan huruf Mad samada Alif, Ya’ atau Wau bergantung kepada Baris bagi huruf Hamzah pertama. Jika Hamzah pertama Baris Atas, huruf Hamzah kedua digantikan dengan Huruf Mad Alif, Jika Hamzah pertama Baris Bawah, huruf Hamzah kedua digantikan dengan Huruf Mad Ya’ dan begitulah untuk Baris hadapan dan Huruf Mad Wau. Dibaca panjang dengan kadar 2 Harakat.
Jika diperhatikan, sebenarnya kaedah penulisan Mad Thobi’i dan Mad Badal adalah sama. Baris (Atas, Bawah, Hadapan) diikuti Huruf Mad ( Alif, Ya’, Wau). Jika anda tidak mempelajari Mad Badal pun anda akan pasti membacanya 2 Harakat mengikut kaedah Mad Thobi’i yang mana ia adalah sama dan betul dibaca 2 Harakat. Walaupun anda tidak mempelajari lagi secara terpeinci tentang Mad Badal. Begitu jugalah sesetengahnya Hukum Tajwid yang lain.
Betul ke boleh pandai dan lancar bila habis mengikuti emanual ni?
InsyaAllah, jika anda sabar mengikuti kaedah belajar tajwid ini, iaitu dengan Satu Latihan untuk Satu Kali pembelajaran (tidak di pelajari banyak dalam satu masa) dan beralih kepada pelajaran baru setiap kali pembelajaran, memastikan soalan didalam latihan dijawab sebelum beralih kepada pelajaran baru, anda akan berjaya pandai dan lancar. Untuk menambahkan lagi kelancaran, ikuti bacaan imam yang disertakan dalam CD. Mula-mula anda akan tertinggal tetapi lama-kelamaan jika anda sabar mengikutinya kelancaran anda akan bertambah baik. Jangan lupa untuk memperdengarkan/mengesahkan bacaan anda kepada guru tajwid.
Jika anda ada menyimpan niat untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kaedah daripada www.wajibtajwid.com. Anda boleh memulangkannya kembali jika anda tidak berpuas hati. Janganlah anda salah anggap terhadap saya kerana saya sungguh berat untuk menyatakan bahawa duit bukanlah segalanya, manfaatkalah duit anda yang seadanya itu. Begitu juga saya untuk memanfaatkan apa yang saya ada, insyaAllah.
ustahmads




Posted in