Balasan Daripada Jabatan Mufti N. Selangor
January 19th, 2008 . by admin
Pada hari khamis 17/01/2008 baru-baru ini saya telah menerima surat daripada Jabatan Mufti Negari Selangor. Ia adalah balasan surat permohonan yang telah saya serahkan pada 10/12/2008 iaitu Permohonan Surat Akuan / Sokongan terhadap produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kepada umum dan institusi pendidikan. Sila ke artikel Produk Wajibtajwid Ke Jabatan N.Selangor.
Pastinya anda sekelian berminat untuk mengetahui apakah yang telah di jawab oleh Jabatan Mufti tersebut bukan? Tujuan saya membuat permohonan ini adalah untuk tidak menimbulkan keraguan dikalangan anda agar niat suci anda untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid tidak tertangguh lagi. Berdasarkan kepada pengajian saya mengikuti kaedah yang boleh dikatakan terbaik masa kini, diikuti pengalaman mengajar yang telah lebih daripada 7 tahun dan testimoni sokongan daripada pengasuh saya yang telah lebih daripada 16 tahun mengajar kaedah tersebut, saya yakin kaedah mudah yang saya hasilkan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ditakdirkan, mungkin menjadi antara yang terbaik. Cuma masa yang akan menentukan. InsyaAllah.
Anda mungkin keliru dengan pelbagai jenis produk belajar tajwid yang terdapat di internet dan juga off line sama ada percuma ataupun berbayar. Ya, semuanya pada saya mempunyai caranya yang tersendiri insyaAllah semuanya dengan niat suci untuk memberi kemudahan kepada sesiapa yang berkemahuan.
Walaubagaimanapun, pada pengamatan saya kebanyakkannya adalah:
1. Menceritakan sesuatu hukum tajwid, bagaimana sesuatu hukum tajwid itu terjadi, contoh ayat dan mungkin juga terdapat contoh bacaan.
2. Menyediakan kaedah pembelajaran asas yang boleh dikatakan sistematik tetapi tidak mempunyai penerangan tentang pelajaran dan hukum tajwid.
Pada pendapat saya, kaedah 1 dan 2 diatas kurang efektif apabila anda ingin mengaplikasikan bacaan pada mana-mana surah di dalam Al-Quran. Kecuali kepada anda yang sudah mahir dan menggunakan kaedah 1 di atas untuk mengulangkaji tentang hukum tajwid.
Berbeza dengan ‘kaedah A-BA-TA, Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kerana ia mempuyai kedua-duanya sekali, informasi dan latihan berperingkat, malah mempunyai penerangan mudah cara membunyikan sesuatu hukum tajwid. Dengan cara tersebut, anda mampu mengaplikasikan bacaan anda secara bertajwid pada mana-mana surah yang ingin anda baca.
Berbalik kepada persoalan, apakah yang telah di jawab oleh Jabatan Mufti N.Selangor tentang permohonan saya? Sebenarnya saya mendapat surat s.k. (salinan kepada atau cc copy) daripada Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja, Mufti Negeri Selangor kepada En. Mohd Rahimi bin Ibrahim, Unit Kawalan Teks Al-Quran di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya.
Ruj. kami: (54) dlm.Mufti.Sel.400-4 Tarikh: 4 January 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1428
-ustahmad-




Posted in