Produk WajibTajwid.com Telah Diluluskan Oleh KKDN
June 13th, 2008 . by admin
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpahan kasih sayangnya maka produk yang diperkenalkan oleh wajibtajwid.com akhirnya telah mendapat kelulusan daripada Kementeria Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) bahagian Al-Quran. Dengan ini tidak timbul lagi perasaan was-was oleh bakal pelanggan terhadap produk yang telah dihasilkan dan diedarkan oleh wajibtajwid.com.
Pada hari kebesaran mingguan iaitu pada hari Jumaat yang lepas pada 6/6/2008 pagi, sedang saya bercuti di kampung isteri saya di Kerteh Kemaman Terengganu, saya telah mendapat panggilan daripada kawasan yang saya tahu daripada mana datangnya 03, mana lagi kalau bukan kawasan Selangor atau KL. Setelah beliau memperkenalkan diri, saya sudah tahu ini adalah staff KKDN yang sering saya berhubung sejak Januari 2008 untuk mengetahui perkembangan produk saya, dimana permohonan Surat Akuan/Sokongan dibuat melalui Jabatan Mufti Selangor.
“permohonan ustaz tentang produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ telah diluluskan oleh jemaah lujnak KKDN, ustaz dah terima ke belum suratnya?”. Mendengar ucapan itu saya merasa sungguh terharu dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana tidak menyangka dengan sekali penghantaran sahaja produk pertama daripada syarikat Bunga Jiwa Ent. terus mendapat kelulusan tanpa perlu dibuat pembetulan walaupun saya tahu disana terdapat sedikit kesilapan ejaan. Alhamdulillah, Allah s.w.t. telah mempermudahkan perjalanan ini.
Dengan kelulusan tersebut diharapkan kepada anda yang masih ragu untuk memiliki produk ini, anda tidak perlu merasa ragu lagi kerana ianya telah dijamin oleh Jabatan Mufti Selangor dan KKDN bahagian Al-Quran. InsyaAllah, produk ini nanti akan dipasarkan secara commercial/conventional pada suatu hari yang mungkin tidak berapa lama lagi. Sekarang saya sedang merancang untuk mengeluarkannya secara mass dan strategi marketing supaya semua orang tahu bahawa disana terdapat unix produk yang boleh membantu mereka untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid. Diharapkan ianya diizinkan oleh yang maha perkasa, yang mengetuai pada hari pembalasan.
Saya juga mungkin akan membuat kajian tentang approach penjualan produk dan revisi terhadap harga yang ditawarkan. Saya tidak mahu ia dilihat sebagai suatu bahan murahan dan saya juga tidak mahu ia dilihat sebagai keterlaluan dari segi harga. Apa yang saya inginkan adalah ia akan dilihat sebagai satu ilmu yang tinggi nilainya dan tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh pemiliknya kelak. Sudah pasti ia adalah produk yang mampu untuk dimiliki oleh setiap golongan.




Posted in