Tajwid & Al-Quran
Informasi Pembelajaran Tajwid dan Al-Quran
about this blog Artikel Blog Ini

Tajwid & Al-Quran

Produk Wajibtajwid ke Jabatan Mufti N.Selangor

published on December 11th, 2007 . by admin

Alhamdulillah, Akhirnya saya berjaya menyerahkan Permohonan Surat Akuan/Sokongan Pengedaran untuk produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Sebelum ini saya ada membuat presentation kepada ketua bahagian pendidikan JAIS dan 2 lagi pegawai yang berkaitan.  Setelah mendapat petunjuk yang agak jelas, saya diminta untuk ’present dan submit’ dokumen permohonan kepada Pengarah JAIS.  Dan pada 10hb Desember 2007, saya dijumpakan dengan Penolong Pengarah JAIS kerana mungkin Pengarah sibuk.  Oleh kerana permohonan ini melibatkan pembelajaran Al-Quran, Penolong Pengarah JAIS meminta saya untuk ‘present dan submitkan’ dokumen tersebut ke Jabatan Mufti yang berada di bangunan bersebelahan.  Beliau telah terlebih dahulu memaklumkan tentang kedatangan saya kepada Timbalan Mufti di sana.

Saya terus menuju ke Jabatan Mufti Negari Selangor (JMNS) sepertimana disarankan.  Disana saya berjumpa dengan S.S. Timbalan Mufti Selangor iaitu Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar.   Di bilik beliau saya presentkan tentang produk yang diedarkan oleh wajibtajwid.com seterusnya submit dokumen yang saya rasakan perlu iaitu, 1- Surat Permohonan  2- Kertas Kerja ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’  3- Transkrip Penerangan dan Pembelajaran  4- CD ”Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ .

 Surat Permohonan yang saya telah siapkan untuk JAIS diminta untuk ditukarkan penerimanya kepada JMNS dan ditujukan kepada S.S Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid.  Saya meminta jasa baik kakitangan yang bertugas di jabatan tersebut untuk membuat pertukaran penerima permohonan tersebut dan seterusnya submit surat permohonan tersebut kepada Timbalan Mufti.  Bersyukur kepada Allah s.w.t. diatas perjalan saya yang tidak terancang tetapi begitu nampak terancang.

 Bayangkan sekiranya saya diminta untuk ke Jabata Mufti, tetapi tidak dimaklumkan kedatangan saya ke sana.  Mungkin juga tiada siapa yang akan menyambut saya di sana, maklumlah masing-masing sibuk.  Pertukaran penerima pun terus dilakukan di sana tanpa perlu saya balik dahulu ke rumah, buat edition, print dan submit semula.  Sesungguhnya itu semua ketentuan Ilahi.  Saya pasrah.

-ustahmads-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Leave a Reply

Name

Mail (never published)

Website