Mengapa Perlu Membaca Al-Quran
January 31st, 2008 . by admin
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang dibaca?
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’
Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita.




Posted in
4 Responses to “Mengapa Perlu Membaca Al-Quran”
Assalamualaikum.
Saya ada mendengar kuliah tafsir Ustaz Zahazan di radio IKIM tentang kelebihan orang yang membaca dan mendengar Al-Quran di dalam dan di luar solat.
Kisah di atas baru pertama kali saya mendengarnya. Memang patut dihebahkan kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Wa’alaikumussalam w.b.t.
Ya, perkara yang baik seharusya dikongsikan kerana inilah harta kita yang sangat sedikit ini yang patut kita manfaatkan.
Semoga kita semua mendapat pengajaan dan beramal dengannya.
cerita yang sememangnya patut difahami dan dihayati.membaca al-Quran sememangnya dapat menjernihkan semula hati kita yang hitam kerana terlalu banyak maksiat yang dilakukan.
Tapi,mari kita hayati hadis nabi yang bermaksud:
“Berapa ramai manusia yang membaca al-Quran,tetapi al-Quran itu melaknat kembali pembacanya”
renungkanlah hadis rasulullah s.a.w ini.
Maka, seharusnya kita semua sentiasa berada dalam keadaan belajar Al-Quran dan memperhalusinya. Kerana kesilapan bacaan itu akan dimaafkan jika kita masih dalam belajar. Jika tidak…kesilapan bacaan akan menambah dosa.
Lain ceritanya bagi mereka yang telah mendapat sanat bacaan daripada beberapa orang ustaz.