Tajwid & Al-Quran
Informasi Pembelajaran Tajwid dan Al-Quran
about this blog Artikel Blog Ini

Tajwid & Al-Quran

Boleh Pandai ke Saya Membaca Al-Quran Secara Bertajwid?

published on February 9th, 2008 . by admin

Ada yang bertanya saya, “Pembelajaran mengikuti CD ni dah lengkap ke? Betul ke boleh pandai dan lancar bila habis mengikuti emanual ni?”

Pembelajaran mengikuti CD ni dah lengkap ke?

Berbanding dengan Kaedah Qiraati, kaedah A-BA-TA, Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid ini agak lebih kurang sama lengkap tetapi mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri . Jika dibandingkan dengan Kaedah Iqra’ dan muqadam, ia adalah lebih lengkap. Tetapi, jika dibandingkan dengan Buku Tajwid Lengkap, ia adalah kurang lengkap. Walaubagaimanapun, ianya sudah memadai untuk peringkat awal pembelajaran Al-Quran secara bertajwid.

Pastinya, anda mungkin tidak mempelajari nama bagi sesuatu hukum tajwid menggunakan kaedah ini (berbanding Buku Tajwid Lengkap), namun anda telah pun membaca Al-Quran dengan kaedah tajwid yang betul. Anda mungkin keliru dengan penerangan ini. Saya bagi contoh, Mad Thobi’i (atau Mad Asli) dan Mad Badal.

Mad Thobi’i - Berlaku apabila sebarang huruf Baris Atas diikuti huruf Mad Alif atau Alif Kecil, sebarang huruf Baris Bawah diikuti huruf Mad Ya’ dan sebarang huruf Baris Hadapan diikuti Huruf Mad Wau. Dibaca panjang dengan kadar 2 Harakat.

Mad Badal - Berlaku apabila terdapat 2 Hamzah didalam satu kalimah yang mana Hamzah kedua digantikan dengan huruf Mad samada Alif, Ya’ atau Wau bergantung kepada Baris bagi huruf Hamzah pertama. Jika Hamzah pertama Baris Atas, huruf Hamzah kedua digantikan dengan Huruf Mad Alif, Jika Hamzah pertama Baris Bawah, huruf Hamzah kedua digantikan dengan Huruf Mad Ya’ dan begitulah untuk Baris hadapan dan Huruf Mad Wau. Dibaca panjang dengan kadar 2 Harakat.

Jika diperhatikan, sebenarnya kaedah penulisan Mad Thobi’i dan Mad Badal adalah sama. Baris (Atas, Bawah, Hadapan) diikuti Huruf Mad ( Alif, Ya’, Wau). Jika anda tidak mempelajari Mad Badal pun anda akan pasti membacanya 2 Harakat mengikut kaedah Mad Thobi’i yang mana ia adalah sama dan betul dibaca 2 Harakat. Walaupun anda tidak mempelajari lagi secara terpeinci tentang Mad Badal. Begitu jugalah sesetengahnya Hukum Tajwid yang lain.

Betul ke boleh pandai dan lancar bila habis mengikuti emanual ni?

InsyaAllah, jika anda sabar mengikuti kaedah belajar tajwid ini, iaitu dengan Satu Latihan untuk Satu Kali pembelajaran (tidak di pelajari banyak dalam satu masa) dan beralih kepada pelajaran baru setiap kali pembelajaran, memastikan soalan didalam latihan dijawab sebelum beralih kepada pelajaran baru, anda akan berjaya pandai dan lancar. Untuk menambahkan lagi kelancaran, ikuti bacaan imam yang disertakan dalam CD. Mula-mula anda akan tertinggal tetapi lama-kelamaan jika anda sabar mengikutinya kelancaran anda akan bertambah baik. Jangan lupa untuk memperdengarkan/mengesahkan bacaan anda kepada guru tajwid.

Jika anda ada menyimpan niat untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kaedah daripada www.wajibtajwid.com. Anda boleh memulangkannya kembali jika anda tidak berpuas hati. Janganlah anda salah anggap terhadap saya kerana saya sungguh berat untuk menyatakan bahawa duit bukanlah segalanya, manfaatkalah duit anda yang seadanya itu. Begitu juga saya untuk memanfaatkan apa yang saya ada, insyaAllah.

ustahmads

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Balasan Daripada Jabatan Mufti N. Selangor

published on January 19th, 2008 . by admin

Pada hari khamis 17/01/2008 baru-baru ini saya telah menerima surat daripada Jabatan Mufti Negari Selangor. Ia adalah balasan surat permohonan yang telah saya serahkan pada 10/12/2008 iaitu Permohonan Surat Akuan / Sokongan terhadap produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kepada umum dan institusi pendidikan. Sila ke artikel Produk Wajibtajwid Ke Jabatan N.Selangor.

Pastinya anda sekelian berminat untuk mengetahui apakah yang telah di jawab oleh Jabatan Mufti tersebut bukan? Tujuan saya membuat permohonan ini adalah untuk tidak menimbulkan keraguan dikalangan anda agar niat suci anda untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid tidak tertangguh lagi. Berdasarkan kepada pengajian saya mengikuti kaedah yang boleh dikatakan terbaik masa kini, diikuti pengalaman mengajar yang telah lebih daripada 7 tahun dan testimoni sokongan daripada pengasuh saya yang telah lebih daripada 16 tahun mengajar kaedah tersebut, saya yakin kaedah mudah yang saya hasilkan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ditakdirkan, mungkin menjadi antara yang terbaik. Cuma masa yang akan menentukan. InsyaAllah.

Anda mungkin keliru dengan pelbagai jenis produk belajar tajwid yang terdapat di internet dan juga off line sama ada percuma ataupun berbayar. Ya, semuanya pada saya mempunyai caranya yang tersendiri insyaAllah semuanya dengan niat suci untuk memberi kemudahan kepada sesiapa yang berkemahuan.

Walaubagaimanapun, pada pengamatan saya kebanyakkannya adalah:

1. Menceritakan sesuatu hukum tajwid, bagaimana sesuatu hukum tajwid itu terjadi, contoh ayat dan mungkin juga terdapat contoh bacaan.

2. Menyediakan kaedah pembelajaran asas yang boleh dikatakan sistematik tetapi tidak mempunyai penerangan tentang pelajaran dan hukum tajwid.

Pada pendapat saya, kaedah 1 dan 2 diatas kurang efektif apabila anda ingin mengaplikasikan bacaan pada mana-mana surah di dalam Al-Quran. Kecuali kepada anda yang sudah mahir dan menggunakan kaedah 1 di atas untuk mengulangkaji tentang hukum tajwid.

Berbeza dengan ‘kaedah A-BA-TA, Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kerana ia mempuyai kedua-duanya sekali, informasi dan latihan berperingkat, malah mempunyai penerangan mudah cara membunyikan sesuatu hukum tajwid. Dengan cara tersebut, anda mampu mengaplikasikan bacaan anda secara bertajwid pada mana-mana surah yang ingin anda baca.

Berbalik kepada persoalan, apakah yang telah di jawab oleh Jabatan Mufti N.Selangor tentang permohonan saya? Sebenarnya saya mendapat surat s.k. (salinan kepada atau cc copy) daripada Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja, Mufti Negeri Selangor kepada En. Mohd Rahimi bin Ibrahim, Unit Kawalan Teks Al-Quran di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Ruj. kami: (54) dlm.Mufti.Sel.400-4    Tarikh: 4 January 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1428

-ustahmad-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Langkah Pembelajaran Berkesan…Tajwid & Al-Quran

published on November 16th, 2007 . by admin

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah sesuatu Pembelajaran Al-Quran Secara Bertajwid itu berkesan untuk kebanyakkan orang.  Bukan bermaksud MUDAH tetapi BERKESAN.  ‘Mudah’ bergantung kepada kecerdasan setiap individu manakala ‘Berkesan’ pula memberi maksud lambat -laung pelajar tersebut akan dapat membaca Al-Quran secara bertajwid dengan baik.

Turutan Cara Pembelajaran Tajwid Al-Quran Yang Berkesan:  

1.  Asas Bunyi Baris Atas mesti disebut dengan betul. Contoh: Ra’ Baris Atas bunyinya RO bukannya RA.  Begitu juga dengan setengah-setengahnya yang lain.

2.  Daripada Asas Baris Atas, insyaAllah baris-baris yang lain iaitu Baris Bawah, Hadapan, 2 Diatas, 2 Dibawah dan 2 Dihadapan akan sendirinya mudah untuk huruf-huruf berlainan.

3.  Faham betul bagaimana sesuatu Hukum Tajwid itu berlaku dan bagaimanakah cara bacaannya.  Praktiskan bunyi bagi Hukum Tajwid tersebut.  Hafalkan kumpulan huruf-huruf bagi hukum tajwid tersebut jika ada.

4.  Baca Latihan Berperingkat.  Tidak boleh hanya sekadar membaca buku-buku tajwid.  Buku tajwid bagus digunakan sebagai rujukan dan untuk pemahaman. 

5.  Ucapkan nama Hukum Tajwid, bagaimana ia berlaku, zahirkan bunyinya, sebutkan kumpulan huruf-hurufnya (untuk Hukum Tajwid yang telah dipelajari) SEMASA membaca Latihan Berperingkat.  Atau, menjawab setiap soalan yang ditanya dengan jujur didalam Latihan Berperingkat tersebut sebelum beralih kepada latihan yang berikutnya.

6.  Ulang perkara 3, 4 dan 5 sehingga habis module pembelajaran.

7.  Praktiskan kelancaran dengan bersama-sama membaca surah-surah tertentu yang anda suka pada sesuatu masa (Sebaiknya ulang hingga anda boleh membaca bersama Qori tersebut-ikut CD) dengan imam-imam Mekah ataupun Madinah.  Diperingkat awal ini, disarankan bacaan oleh qori Khalil Khusyairi atau Saad Said Alghomidi ataupun Masyari.  Anda akan sentiasa tertinggal ke belakang apabila mengikut bacaan oleh Qori ini pada awalnya tetapi diakhirnya anda akan boleh membaca seumpama Qori tersebut baca.  Mesti nak kan?

Jika anda mengikuti kaedah yang diterangkan di atas, insyaAllah anda akan dapat membaca Al-Quran Secara Bertajwid dengan baik.  Anda boleh mendapatkan kaedah seperti yang diterangkan diatas di wajibtajwid.com.

Selamat Maju Jaya!

” Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

-Ustahmads-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Kaedah Pembelajaran Al-Quran…Secara Bertajwid

published on November 15th, 2007 . by admin

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran Al-Quran dari dulu hingga ke sekarang.

Pengalaman saya sebagai anak kebanyakkan di kampung:

  1. 6-12 tahun, Belajar Muqadam - mengeja satu persatu huruf Al-Quran hingga boleh membunyikan dengan betul. Tajwid? tidak tahu apa itu tajwid..yang tahu hanyalah mengikut bacaan guru agak-agak panjang, agak-agak pendek. Istilah dengung? tak tahu pun.
  2. 13-17 tahun, Membaca Al-Quran sambil diberitahu hukum tajwid - pernah dengar akan hukum tajwid tertentu. Terlalu sedikit yang ingat dan boleh diaplikasikan dalam bacaan. Tidak dapat mengenal hukum tajwid yang sama tetapi berlaku pada pertemuan huruf atau baris yang berbeza.
  3. 18-25 tahun, Tiada penambahan ilmu dari segi bacaan Al-Quran.
  4. 26-29 tahun, Belajar Kaedah Qiraati Dewasa - Pembelajaran asas yang tersusun. Penerangan hukum tajwid daripada guru, latih tubi pada hukum tajwid yang sama, soal-jawab hukum tajwid setiap kali mula dan semasa pembelajaran sebagai ulangkaji. Boleh ingat akan hukum tajwid dan mampu mengaplikasikan dalam bacaan Al-Quran.

Itu pengalaman saya sebagai anak kampung biasa. Saya tahu ramai yang lebih hebat daripada saya, awal-awal lagi dah belajar Al-Quran secara bertajwid atau mungkin di pondok-pondok tahfiz. Tapi tak kurang juga yang senasib dengan saya. Jika saya tidak diberi kuasa oleh Allah s.w.t. untuk belajar pada umur 26-29 tahun tu…sampai sekaranglah saya akan membaca Al-Quran dengan cara saya sendiri. Betul atau tidak bacaan saya? Anda sudah pasti tahu akan jawapannya!

Tetapi…sekarang sudah lain. Macam-macam kaedah ada. CD, VCD, Iqra’, Qiraati dan bermacam-macam nama yang lain lagi. Lain halnya dengan kaedah yang di perkenalkan oleh wajibtajwid.com, dimana ia adalah kaedah untuk membantu orang dewasa dalam mempelajari bacaan Al-Quran secara bertajwid sendiri dahulu, kemudian berguru hanyalah untuk memperdengarkan bacaan atau dengan kata lain memastikan bacaan anda adalah betul. Bukannya baru hendak mengenal nama sesuatu hukum tajwid.

Tidak seperti kaedah pembelajaran Al-Quran bertajwid yang lain, kaedah wajibtajwid.com mengekalkan cara pembelajaran 2 hala iaitu seumpama berhadapan dengan guru. 3 langkah pemahaman dan latihan yang diperkenalkan sungguh amat berkesan iaitu penerangan mudah hukum tajwid asas, soalan-jawapan bagaimana sesuatu hukum tajwid itu terjadi, audio bagaimana membunyikan sesuatu hukum tajwid dan latihan berperingkat yang diselangi dengan soalan-soalan sebagai latihan ulangkaji untuk mewujudkan asas tajwid yang kukuh dan boleh diaplikasikan.

“Walau setinggi gunung harta ku miliki, walau selautan wang aku genggami, namun semuanya itu tidak bererti jika…ayat-ayat Allah tidak aku cintai.”

-ustahmads-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Tajwid & Al-Quran

published on November 13th, 2007 . by admin
Firman Allah s.w.t.:

‘Bacalah Al-Quran dengan bertartil (iaitu memelihara hukum tajwid).’

Al-Muzammil, ayat 4

 

Daripada Zaid bin Thabit r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hambaNya membaca Al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan’.

Riwayat Ibnu Khuzaimah

 

Ayat Al-Quran dan Hadith diatas adalah dalil yang menunjukkan membaca Al-Quran mestilah bertajwid. Kita mungkin biasa dengar ucapan ‘irama dan lagu tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan maka pincanglah lagu’, sebenarnya yang lebih utama tidak dapat dipisahkan adalah Tajwid dan Al-Quran. Maka bunyinya begini ‘Tajwid dan Al-Quran tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan maka pincanglah Al-Quran’. Kesimpulannya, kita semua mestilah belajar membaca Al-Quran secara bertajwid. Sebabnya? “Saya seorang Muslim.”

 

“Hukum mempelajari ilmu Tajwid Al-Quran adalah Fardhu Kifayah, mengamalkan hukum tajwid semasa membaca Al-Quran adalah Fardhu ‘Ain (wajib) bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.”

 

Saya terpanggil dengan adanya ilmu yang sedikit ini untuk memenuhi tuntutan sepertimana hadith dibawah:

Daripada Uthman bin Affan r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang Mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya.”

Riwayat Imam Al-Bukhari

Orang yang Mempelajari Al-Quran mesti ada pengajarnya, dan orang yang Mengajarkan Al-Quran mesti ada pelajarnya. Maka sekali lagi ‘Pengajar dan Pelajar tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan pincanglah Pelajar’. Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tidak dapat dipisahkan. Anda boleh penuhkan list anda sendiri.

 

Segerakan! belajar membaca Al-Quran secara bertajwid untuk diri anda sebelum datangnya 5 perkara berikut:

Masa LAPANG sebelum datangnya masa SIBUK

Masa SENANG sebelum datangnya masa SUSAH

Masa MUDA sebelum datangnya masa TUA

Masa SIHAT sebelum datangnya masa SAKIT

Masa HIDUP sebelum datangnya masa MATI

 

-ustahmads-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb