Tajwid & Al-Quran
Informasi Pembelajaran Tajwid dan Al-Quran
about this blog Artikel Blog Ini

Tajwid & Al-Quran

YAKIN - Kaedah Mudah Terbaik Belajar Mengaji Bertajwid Masa Kini

published on August 15th, 2008 . by admin

Syukur dan Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu diruangan yang telah agak lama saya tinggalkan. Bukan kerana niat untuk meninggalkannya beberapa ketika, tetapi kerana memberi sedikit tumpuan kepada aktiviti untuk meningkatkan kepercayaan terhadap produk yang dikeluarkan oleh Bunga Jiwa Ent. yang diedarkan buat masa ini melalui wajibtajwid.com.

Diantara perkara yang telah pun dan sedang dalam proses perbincangan adalah bagaimana MEYAKINKAN bakal pelajar bahawa kaedah belajar mengaji yang diperkenalkan ini adalah yang sesungguhnya untuk mereka. Juga bagaimana MENINGGIKAN NILAI kepada kaedah belajar tajwid yang diperkenalkan ini dan juga kepada pelajar itu sendiri. Mungkin kebanyakkan daripada anda telah sedia maklum bahawa betapa tingginya nilai pelajaran akademik di mata kita sekarang ini sehinggakan selagi mampu kita sanggup berhabis asalkan anak kita menjadi seorang yang berpelajaran tinggi. Lain halnya dengan belajar mengaji Al-Quran, makin hari nilainya makin menurun dikalangan masyarakat kita. Tidak menjadi salah meninggikan ilmu akademik kerana itu adalah ilmu Allah jua, cuma jangan sampai kita merendahkan Al-Quran kerana semua ilmu itu bersumberkan kepada Al-Quran-nul-karim.

” Ya Allah, bantulah kami yang lemah ini untuk meninggikan nilai belajar Al-Quran yang telah Engkau turunkan kepada Rasulullah s.a.w., tunjukkanlah kepada kami jalan yang sesungguhnya agar semuanya dapat melihat ini dan merasai akan kebesaranMu ya Rabbal-’alamin”.

Sebuah KEYAKINAN tidak boleh berdiri dengan sendirinya melainkan perlu di sandarkan kepada bukti-bukti nyata. Apatah lagi sebuah keluaran itu datangnya daripada mereka yang kurang ada nama dikalangan masyarakat. Justru, saya seorang yang tidak tahu apa-apa tentang membina keyakinan terhadap sebuah karya, pergi mempersembahkan produk ini kepada guru saya Hj. Ust. Iman Sucipto. Membayangkan bahawa pasti tidak dipesetujuinya kerana kaedah yang diajarkan kepada saya dan murid-murid lainnya adalah berbeza dan juga efektif. Siapalah saya untuk memperkenalkan kaedah yang saya ciptakan ini. Syukur Alhamdulillah, guru saya dapat menerimanya dengan baik dan mengatakan bahawa ‘kadang-kadang seseorang itu tidak hanya mendapat pelajaran daripada apa yang dipelajari daripada gurunya sahaja, malah dia mungkin mendapat lebih daripada itu atas kehendak Allah s.w.t’. Satu tahap keyakinan saya terhadap produk ini bertambah.

Saya meneruskan usaha meningkatkan keyakinan terhadap produk ini dengan cara mendapatkan surat akuan dan sokongan daripada badan-badan agama yang berdekatan. Sekali lagi, Alhamdulillah, sekali pun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak sanggup untuk mendengar penerangan tentang produk yang saya hasilkan tetapi beliau telah menyarankan saya untuk membuat penerangan kepada Timbalan Mufti di Jabatat Mufti N.Selangor (JMNS). Dengan Rahmat Allah s.w.t., pihak JMNS menyambut baik produk tersebut dan membuat semakan dan dipanjangkan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) Bahagian Penerbitan dan Teks Al-Quran. Sekarang, pihak KKDN tiada halangan untuk produk ini diterbitkan. Tahap keyakinan terhadap produk yang dikeluarkan ini semakin bertambah.

Seterusnya, saya kembali kepada JAIS bagi mendapatkan Surat Akuan dan Sokongan untuk diedarkan kepada umum dan institusi pengajian. Pihak JAIS telah pun mengeluarkan surat sokongan tersebut dan membenarkan ianya di promosikan ke sekolah-sekolah JAIS. Satu tahap keyakinan baru bertambah.

Berbekalkan pengalaman diatas, saya seteruskan membuat permohonan Surat Akuan dan Sokongan terhadap produk ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sekali lagi, Syukur Alhamdulillah, pihak JAKIM telah pun mengeluarkan Surat Akuan dan Sokongan tersebut. Ditahap ini, saya harap semua mempunyai KEYAKINAN terhadap produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ yang dikeluarkan oleh Bunga Jiwa Ent.

InsyaAllah, saya akan uploadkan surat-surat ini untuk tatapan anda bagi menambahkan lagi keyakinan anda terhadap produk ini. Bukan bertujuan lain melainkan untuk menambahkan keyakinan anda agar anda memilih untuk belajar membaca Al-Quran Secara bertajwid daripada kaedah ini.

Bab MENINGGIKAN NILAI tidak sempat disentuh. Mungkin selepas tamat aktivitinya, insyaAllah.

ustahmads

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Produk WajibTajwid.com Telah Diluluskan Oleh KKDN

published on June 13th, 2008 . by admin

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpahan kasih sayangnya maka produk yang diperkenalkan oleh wajibtajwid.com akhirnya telah mendapat kelulusan daripada Kementeria Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) bahagian Al-Quran.  Dengan ini tidak timbul lagi perasaan was-was oleh bakal pelanggan terhadap produk yang telah dihasilkan dan diedarkan oleh wajibtajwid.com.

Pada hari kebesaran mingguan iaitu pada hari Jumaat yang lepas pada 6/6/2008 pagi, sedang saya bercuti di kampung isteri saya di Kerteh Kemaman Terengganu, saya telah mendapat panggilan daripada kawasan yang saya tahu daripada mana datangnya 03, mana lagi kalau bukan kawasan Selangor atau KL.  Setelah beliau memperkenalkan diri, saya sudah tahu ini adalah staff KKDN yang sering saya berhubung sejak Januari 2008 untuk mengetahui perkembangan produk saya, dimana permohonan Surat Akuan/Sokongan  dibuat melalui Jabatan Mufti Selangor.

“permohonan ustaz tentang produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ telah diluluskan oleh jemaah lujnak KKDN, ustaz dah terima ke belum suratnya?”.  Mendengar ucapan itu saya merasa sungguh terharu dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana tidak menyangka dengan sekali penghantaran sahaja produk pertama daripada syarikat Bunga Jiwa Ent. terus mendapat kelulusan tanpa perlu dibuat pembetulan walaupun saya tahu disana terdapat sedikit kesilapan ejaan.  Alhamdulillah, Allah s.w.t. telah mempermudahkan perjalanan ini.

Dengan kelulusan tersebut diharapkan kepada anda yang masih ragu untuk memiliki produk ini, anda tidak perlu merasa ragu lagi kerana ianya telah dijamin oleh Jabatan Mufti Selangor dan KKDN bahagian Al-Quran.  InsyaAllah, produk ini nanti akan dipasarkan secara commercial/conventional pada suatu hari yang mungkin tidak berapa lama lagi.  Sekarang saya sedang merancang untuk mengeluarkannya secara mass dan strategi marketing supaya semua orang tahu bahawa disana terdapat unix produk yang boleh membantu mereka untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid.  Diharapkan ianya diizinkan oleh yang maha perkasa, yang mengetuai pada hari pembalasan.

Saya juga mungkin akan membuat kajian tentang approach penjualan produk dan revisi terhadap harga yang ditawarkan.  Saya tidak mahu ia dilihat sebagai suatu bahan murahan dan saya juga tidak mahu ia dilihat sebagai keterlaluan dari segi harga.  Apa yang saya inginkan adalah ia akan dilihat sebagai satu ilmu yang tinggi nilainya dan tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh pemiliknya kelak.  Sudah pasti ia adalah produk yang mampu untuk dimiliki oleh setiap golongan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Balasan Daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri(KKDN)

published on March 2nd, 2008 . by admin

Sepertimana dimaklumkan sebelum ini di Balasan Daripada Jabatan Mufti N.Selangor, iaitu dengan perkenannya Jabatan Mufti N. Selangor terhadap produk yang dikeluarkan oleh www.wajibtajwid.com, mereka telah memanjangkan permohonan saya ke Ustaz Mohd Rahimi bin Ibrahim, Unit Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Putra Jaya.

Pada hari Rabu 13 hb Feb 2008, saya telah menyerahkan 2 salinan original transkrip dan 1 CD sebagai tambahan kepada yang telah dihantar oleh Jabatan Mufti N. Selangor kepada Ustaz Mohd Rahimi. Penyerahan ini telah dibuat di Hotel Bluewave Shah Alam yang mana ketika itu Ustaz Mohd Rahimi sedang menjalani seminar di sana.

Ketika artikel ini ditulis, saya telah pun menerima salinan surat daripada KKDN kepada Y. Bhg Sahibus Samahah Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes b. Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, yang menyatakan bahawa permohonan penyemakan teks / bahan Al-Quran ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ telah pun diambil tindakan dan dikemukakan dalam Mesyuarat Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran, Bil 1/2008 yang telah diadakan pada 11 hingga 14 February 2008.

Saya juga telah berkomunikasi dengan KKDN dan bertanyakan apakah tindakan selanjutnya daripada pihak Jabatan KKDN? Pihak KKDN menyatakan bahawa pada bulan March 2008 ini, mereka akan masukkan perkara tersebut ke mesyuarat lembaga yang mana katanya dihadiri oleh mufti-mufti se-Malaysia.

Saya tidak mengharapkan produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ ini terus mendapat kelulusan’ on the spot’ daripada pihak jemaah lembaga mufti Malaysia, cukup sekiranya mereka menerima kaedah Pembelajaran Tajwid yang telah disusun oleh saya dan mencadangkan pembaikan (sekiranya ada) dari segi kesilapan-kesilapan kecil dari sudut ejaan dan penulisan, saya bersedia untuk membaikinya. Diharapkan mereka telah pun membuat review terhadap produk tersebut. InsyaAllah, saya mengharapkan sesuatu yang positif apabila saya membuat follow-up nanti. Kepada anda, marilah sama-sama kita mendoakan agar produk ini mendapat tempat di hati anda sekelian.

Saya mengharapkan produk Belajar Tajwid ini mendapat tempat bukan kerana promosinya yang berlebih-lebihan sebaliknya kerana isi kandungan dan cara penyampaian yang unik menyebabkan pelajar dapat belajar dengan mudah dan efektif. InsyaAllah…

Ruj Fail: KKDN:PQ/Q.1001-269(5)    Tarikh: 25 February 2008

ustahmads

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Perkembangan Kaedah A-BA-TA Daripada WajibTajwid

published on January 15th, 2008 . by admin

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana di tahun baru ini, www.wajibtajwid.com sehingga sekarang telah pun mencapai usia 4 bulan daripada tarikh mula beroperasi. Bulan ini adalah bulan yang ke-5.

Semacam tidak percaya, produk ‘Kaedah A-BA-TA, Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ mendapat sambutan yang tidak diduga oleh saya. Target pada bulan ini adalah 10 set akan dikeluarkan kepada bakal pelajar. Namun setakat artikel ini ditulis, 9 set telah pun diedarkan kepada bakal pelajar. Tidak mustahil, lebih daripada 10 set akan dikeluarkan pada bulan ini. “Ya Allah, jauhkan aku daripada sifat riak dan jadikanlah aku orang yang beriman dan menurut perintah.”

Syukur juga kepada Allah s.w.t. kerana setakat ini tiada sebarang aduan negatif terhadap produk wajibtajwid sungguhpun ia baru diperingkat permulaan dan mungkin masih banyak kelemahan. Sesungguhnya Allah s.w.t. berkuasa memelihara akan sesuatu yang dikehendakinya.

Khas kepada anda, jika anda ada menyimpan niat untuk belajar membaca Al-Quran, mulakanlah langkah pertama anda secepat mungkin. Sementara anda masih dikurniakan tenaga menghirup udara segar di dunia yang fana ini. Anda boleh mendapatkan apa-apa kaedah di pasaran atau terus menemui guru untuk mula belajar. Belajar tajwid Al-Quran menggunakan Kaedah A-BA-TA daripada wajibtajwid adalah satu kelainan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Detail tentang kaedah A-BA-TA, belajar membaca Al-Quran secara bertajwid dan berperingkat, anda bolehlah ke www.wajibtajwid.com

-ustahmads-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Tahun Baru Masihi 2008

published on January 1st, 2008 . by admin

Selamat datang 2008. Selamat tinggal 2007. Bermakna semakin hampir kita mengucapkan: Selamat datang alam barzakh, selamat tinggal dunia yang fana. Maaf, kerana memotong semangat baru anda di 2008.

Kadang-kala kita berseronok menyambut ketibaan setiap kali datangnya tahun baru. Banyak perkara diwar-warkan dengan keseronokan. Dengan program TVnya, dengan sambutan bunga apinya dan bermacam-macam lagi. Sungguh seronok anak muda itu dengan suasana yang dicipta oleh ayah-ayah dan datuk-datuk mereka.

Ayah! datuk! khususnya kaum lelaki, saya dan anda mempunyai tanggungjawab. Dalam keseronokan itu jangan lupa kita hendaklah berusaha meninggalkan sesuatu yang sungguh bermakna untuk bekalan di hari kemudian.

  • Jangan lupa untuk meninggalkan anak yang soleh/solehah yang sentiasa mendoakan akan kedua ibubapanya.
  • Jangan lupa untuk ikhlaskan dan perbanyakan sedekah dan amal jariah anda.
  • Jangan lupa untuk meninggalkan ilmu yang bermanafaat bagi yang hidup mengamalkannya.

Marilah kita sama-sama berazam untuk perkara yang diatas.

1. Mulakan dengan diri anda dengan memperbanyakkan membacakan Al-Quran. Ajarkan kepada anak-anak anda. Galakkan mereka untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran. InsyaAllah, anda dan mereka akan terdorong untuk melakukan perkara yang baik-baik dan terpelihara daripada melakukan perkara yang tidak baik. Belajar Al-Quran jika masih ragu tentang tajwid.  Keterbukaan belajar tafsir dan sebagainya yang lebih mendalam tentang Al-Quran akan datang sendiri kemudian hari.  InsyaAllah.

2. Didik diri anda dengan perasaan ikhlas akan apa sahaja yang anda lakukan. Buangkan perasaan riak, ego, sombong dan perkara lain yang sewaktu dengannya. Jariah anda tidak semestinya dengan wang ringgit. Membantu untuk memakmurkan surau dan ahli kariah dengan majlis tahlil, bacaan Yassin, marhaban, cukur kepala, aqiqah, korban dan bermacam-macam lagi juga dikira amal jariah.

3. Disini saya berbesar hati menerima coretan ilmu yang bermanafaat untuk dimuatkan di dalam blog ini khususnya tentang Tajwid dan Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. E-mailkan coretan anda kepada ustahmads[@]wajibtajwid.com (buangkan tanda kurungan untuk e-mail kepada saya) atau melalui Page Hubungi Kami di blog ini. InsyaAllah, ilmu yang sedikit dikongsikan untuk manfaat bersama akan mendapa balasan daripada Allah s.w.t.

Semoga, 2008 akan memberi banyak makna kepada anda dan saya. Wallahualam.

-ustahmads-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Produk Wajibtajwid ke Jabatan Mufti N.Selangor

published on December 11th, 2007 . by admin

Alhamdulillah, Akhirnya saya berjaya menyerahkan Permohonan Surat Akuan/Sokongan Pengedaran untuk produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Sebelum ini saya ada membuat presentation kepada ketua bahagian pendidikan JAIS dan 2 lagi pegawai yang berkaitan.  Setelah mendapat petunjuk yang agak jelas, saya diminta untuk ’present dan submit’ dokumen permohonan kepada Pengarah JAIS.  Dan pada 10hb Desember 2007, saya dijumpakan dengan Penolong Pengarah JAIS kerana mungkin Pengarah sibuk.  Oleh kerana permohonan ini melibatkan pembelajaran Al-Quran, Penolong Pengarah JAIS meminta saya untuk ‘present dan submitkan’ dokumen tersebut ke Jabatan Mufti yang berada di bangunan bersebelahan.  Beliau telah terlebih dahulu memaklumkan tentang kedatangan saya kepada Timbalan Mufti di sana.

Saya terus menuju ke Jabatan Mufti Negari Selangor (JMNS) sepertimana disarankan.  Disana saya berjumpa dengan S.S. Timbalan Mufti Selangor iaitu Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar.   Di bilik beliau saya presentkan tentang produk yang diedarkan oleh wajibtajwid.com seterusnya submit dokumen yang saya rasakan perlu iaitu, 1- Surat Permohonan  2- Kertas Kerja ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’  3- Transkrip Penerangan dan Pembelajaran  4- CD ”Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ .

 Surat Permohonan yang saya telah siapkan untuk JAIS diminta untuk ditukarkan penerimanya kepada JMNS dan ditujukan kepada S.S Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid.  Saya meminta jasa baik kakitangan yang bertugas di jabatan tersebut untuk membuat pertukaran penerima permohonan tersebut dan seterusnya submit surat permohonan tersebut kepada Timbalan Mufti.  Bersyukur kepada Allah s.w.t. diatas perjalan saya yang tidak terancang tetapi begitu nampak terancang.

 Bayangkan sekiranya saya diminta untuk ke Jabata Mufti, tetapi tidak dimaklumkan kedatangan saya ke sana.  Mungkin juga tiada siapa yang akan menyambut saya di sana, maklumlah masing-masing sibuk.  Pertukaran penerima pun terus dilakukan di sana tanpa perlu saya balik dahulu ke rumah, buat edition, print dan submit semula.  Sesungguhnya itu semua ketentuan Ilahi.  Saya pasrah.

-ustahmads-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb