Tajwid & Al-Quran
Informasi Pembelajaran Tajwid dan Al-Quran
about this blog Artikel Blog Ini

Tajwid & Al-Quran

Bacaan Yasin Untuk Orang Menghadapi SakaratulMaut

published on March 31st, 2009 . by admin

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra’ Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. 

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:- 

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-masing membaca surah Yasin,dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita ‘disibukkan’ dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).. 

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:- 

i. Lantik seorang yang bacaan Al-qurannya baik (dari segi tajwid)untuk membaca surah Yasin - yang lain-lain boleh bersama-sama semak. 

ii. Sebaik-baik orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak. 

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau. 

iv.  Membaca 3 hingga 4 kalimah/ayat Surah Yasin, berhenti, dan menolong(menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”. 

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah/ayat,berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi. 

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. 

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata-mata melalui ikutan adat.

sumber - Proton Infornet -  

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Pahala Membaca Al-Quran

published on January 28th, 2009 . by admin

Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran. Tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama di antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Pahala mengenai tiap-tiap ayat yang di baca ada disebutkan dalam beberapa hadis, antaranya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

” Siapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. ataranya:

Dari ‘Ata’ bin Abi Rabah, telah berkata, telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.”

Selain daripada pahala yang disebutkan di atas, pahala membaca Al-Quran di dalam solat adalah lebih besar daripada bacaan di luar solat. Dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

  • Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap huruf seratus kebajikan.
  • Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan

Marilah kita sama-sama sentiasa dalam belajar membaca Al-Quran kerana jika kesalahan berlaku semasa kita membaca Al-Quran akan dimaafkan sebaliknya jika kita tidak dalam belajar, bacaan yang salah akan mengundang dosa. Lagi banyak kita baca lagi banyak mengumpul dosa.

Sekiranya kita telah mendapat sanat bacaan daripada beberapa orang ustaz dan sangat yakin dengan bacaan kita itu, insyaAllah bacaan kita itu betul. Tetapi belajar tetap perlu diteruskan mungkin di dalam bab yang lain contohnya memahami makna dan tuntutan Al-Quran itu sendiri.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Kelebihan Banyak Membaca Al-Quran

published on December 11th, 2007 . by admin

Sesungguhnya kelebihan Al-Quran tidak dapat kita hitungkan. Apa saja di dunia ini tidak dapat menandingi Kalam Allah s.w.t. itu. Jika anda mengamalkan dan cinta akan Al-Quran, insyaAllah kelebihan dan kebaikan itu akan berada di dalam diri anda. Mungkin anda tidak menyedarinya dan mungkin suatu hari anda merasainya. Banyakkanlah membaca AlQuran - insyaAllah Nur Al-Quran akan mengalir di dalam diri anda, apa saja yang bakal anda lakukan didalam kehidupan harian anda akan terpelihara dengan ROH Al-Quran.

Bukan untuk riak tetapi ingin berkongsi dengan anda semua sedikit tentang apa yang saya rasai sekarang. Saya bukanlah setanding dengan para ulamak atau ustaz-ustaz tersohor tanah air, malahan terlalu jauh jika hendak dibandingkan. Namun saya dapat merasakan bahawa ilham penghasilan kaedah A-BA-TA. Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ ini pun terhasil daripada kesungguhan saya dalam pengamalan bacaan Surah Al-Waqi’ah.  Surah yang boleh memberi anda KEKAYAAN atau lebih tepat WEALTH.  Bermaksud bukan tertumpu kepada kekayaan wang, tetapi kaya dari segi keseluruhan.  Contonya:  kekal sihat, tiada musuh, dikurniakan anak dan sebagainya termasuk juga wang.  Alhamdulillah…

Sekarang ini saya juga semakin kerap di suruh mengimami makmun di Surau.  Ianya bermula pada Bulan Ramadan 2007 di mana saya pertama kali mengikuti TADARUS AL-QURAN yang dijalankan di surau tersebut.  Dan Imam surau tersebut berjumpa dengan saya dan menyatakan hasrat beliau serta tanggungjawab yang patut saya pegang untuk memenuhi tuntutan  ‘Fardhu Kifayah’ di surau tersebut.  Ini bukan soal nak tak nak tapi soal Fardhu Kifayah katanya kepada saya.  Serba salah juga saya dibuatnya.

Begitulah juga Allah s.w.t. memberi kelebihan kepada sesiapa  yang banyak membaca Al-Quran.  Dan pastikan bacaan anda mengikut kehendak yang telah digariskan untuk memastikan anda mendapat kebaikan daripadanya bukannya keburukan.  Anda insyaAllah dipelihara dengan ROH Al-Quran dalam menjalani hidup yang penuh dugaan di dunia ini.

Sila rujuk kembali Membaca Al-Quran…Pahala atau Dosa yang ditulis sebelum ini.

-ustahmads-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Membaca Al-Quran…Pahala atau Dosa?

published on November 23rd, 2007 . by admin

Rehat 2,3,4 hari, maklumlah baru di arena penulisan blog ni. Masih belum biasa dengan rutin untuk menulis. InsyaAllah, akan lebih stabil mengikut masa apabila pengalaman bertambah.

“Anda dan saya membaca Al-Quran. Adakah bacaan kita mendapat pahala sepertimana dijanjikan oleh Allah s.w.t. atau sebaliknya?”

Soalan di atas seharusnya ditanya kepada diri kita sendiri setiap kali kita membaca ayat-ayat Allah s.w.t. ataupun membaca Al-Quran. Sudah pastinya apabila kita membaca Al-Quran, kita mengharapkan balasan baik daripada Allah s.w.t.

“Adakah dengan hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah s.w.t. kita akan mendapat balasan baik tersebut daripadaNya, tanpa membuat apa-apa usaha?”

 

Sesungguhnya membaca Al-Quran itu akan mendapat ganjaran baik daripada Allah s.w.t. sekiranya dibaca dengan BETUL. Jika di baca dengan SALAH, maka kita akan mendapat ganjaran buruk daripada Allah s.w.t. KECUALI kepada mereka yang senantiasa dalam BELAJAR memperbaiki bacaannya.

 

Maka, di sana wujudnya perkara penting dalam memastikan bacaan Al-Quran kita itu akan mendapat ganjaran baik yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. kepada kita. Iaitu NIAT dan USAHA. Dalam kes ini, Niat sahaja tanpa melakukan sebarang Usaha, ibarat makan hanya dengan Niat tiada Usaha untuk memasukkan makanan ke mulut. Natijahnya, perut akan terus lapar dan akan mendatangkan mudharat.

 

 

‘Saya Seorang Pelajar’
-ustahmads-

Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid” untuk orang dewasa.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb