Kekurangan dan Kelebihan Individu
November 28th, 2007 . by admin
Sebelum saya menulis lebih banyak lagi di blog ini, izinkan saya menyampaikan sedikit pesanan yang saya kira untuk faedah semua. Secara umumnya penyampaian ilmu melalui blog adalah seperti berikut:
1. Pemilik blog atau penulis menulis berdasarkan kepada pengalaman peribadi, pembelajaran dan juga buku-buku yang pernah mereka baca.
2. Pembaca membaca tulisan penulis. Penerimaan maksud tulisan penulis kepada individu adalah berbeza mengikut keperibadian individu itu sendiri. Ada yang mendapat lebih daripada apa yang dimaksudkan oleh penulis dan ada yang mendapat kurang. Kesesuaian untuk digunapakai akan sesuatu pendapat juga berbeza bagi sesetengah individu. Maka pilihlah yang terbaik untuk anda.
Oleh yang demikian, usahlah bertikam lidah (jari) menyalahkan pendapat antara satu sama lain selagi apa yang dibangkitkan adalah baik tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Tetapi sekiranya bercanggah dengan ajaran Islam, cepat-cepat beri pendapat untuk kebaikan semua. ‘Bumi mana tidak ditimpa hujan’ begitulah kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Siapalah kita berbanding dengan ilmu Allah s.w.t.
Rela ditegur daripada terus melakukan sesuatu yang bersalahan yang mana diri sendiri tidak menyedarinya.
-ustahmads-




Posted in