Tajwid & Al-Quran
Informasi Pembelajaran Tajwid dan Al-Quran
about this blog Artikel Blog Ini

Tajwid & Al-Quran

Pahala Membaca Al-Quran

published on January 28th, 2009 . by admin

Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran. Tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama di antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Pahala mengenai tiap-tiap ayat yang di baca ada disebutkan dalam beberapa hadis, antaranya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

” Siapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. ataranya:

Dari ‘Ata’ bin Abi Rabah, telah berkata, telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.”

Selain daripada pahala yang disebutkan di atas, pahala membaca Al-Quran di dalam solat adalah lebih besar daripada bacaan di luar solat. Dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

  • Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap huruf seratus kebajikan.
  • Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan

Marilah kita sama-sama sentiasa dalam belajar membaca Al-Quran kerana jika kesalahan berlaku semasa kita membaca Al-Quran akan dimaafkan sebaliknya jika kita tidak dalam belajar, bacaan yang salah akan mengundang dosa. Lagi banyak kita baca lagi banyak mengumpul dosa.

Sekiranya kita telah mendapat sanat bacaan daripada beberapa orang ustaz dan sangat yakin dengan bacaan kita itu, insyaAllah bacaan kita itu betul. Tetapi belajar tetap perlu diteruskan mungkin di dalam bab yang lain contohnya memahami makna dan tuntutan Al-Quran itu sendiri.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

 2 Responses to “Pahala Membaca Al-Quran”

  1. comment number 1 by: Mari Belajar Tajwid

    Pastikan bahawa apa yang telah kita baca dari isi kandungan al-Quran kita amalkan secara istiqamah.Inilah matlamat sebenar penurunan al-Quran kepada kita.

    Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengamalkan apa yang terkandung di dalam al-Quran.

  2. comment number 2 by: Serba salah

    Saya pemuda brumur 22 tahun…
    saya sebenarnya serba salah untk mmbaca Al-Quran,
    sbb, kalo trslah baca dan trsalah tajwid
    nnti saya yang brdosa….
    ini semua salah saya jugak,sbb saya tidak mengamalkn selalu…kali trakhir saya mmbaca al-Quran semasa tingkatan 2, dan pernah khatam al-quran sbnyk 3 kali…
    tp, sekarang saya ingin mengamalknnya dan saya tidak yakin dgn bacaan saya…

Leave a Reply

Name

Mail (never published)

Website