Kelebihan Banyak Membaca Al-Quran
December 11th, 2007 . by admin
Sesungguhnya kelebihan Al-Quran tidak dapat kita hitungkan. Apa saja di dunia ini tidak dapat menandingi Kalam Allah s.w.t. itu. Jika anda mengamalkan dan cinta akan Al-Quran, insyaAllah kelebihan dan kebaikan itu akan berada di dalam diri anda. Mungkin anda tidak menyedarinya dan mungkin suatu hari anda merasainya. Banyakkanlah membaca AlQuran - insyaAllah Nur Al-Quran akan mengalir di dalam diri anda, apa saja yang bakal anda lakukan didalam kehidupan harian anda akan terpelihara dengan ROH Al-Quran.
Bukan untuk riak tetapi ingin berkongsi dengan anda semua sedikit tentang apa yang saya rasai sekarang. Saya bukanlah setanding dengan para ulamak atau ustaz-ustaz tersohor tanah air, malahan terlalu jauh jika hendak dibandingkan. Namun saya dapat merasakan bahawa ilham penghasilan kaedah A-BA-TA. Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ ini pun terhasil daripada kesungguhan saya dalam pengamalan bacaan Surah Al-Waqi’ah. Surah yang boleh memberi anda KEKAYAAN atau lebih tepat WEALTH. Bermaksud bukan tertumpu kepada kekayaan wang, tetapi kaya dari segi keseluruhan. Contonya: kekal sihat, tiada musuh, dikurniakan anak dan sebagainya termasuk juga wang. Alhamdulillah…
Sekarang ini saya juga semakin kerap di suruh mengimami makmun di Surau. Ianya bermula pada Bulan Ramadan 2007 di mana saya pertama kali mengikuti TADARUS AL-QURAN yang dijalankan di surau tersebut. Dan Imam surau tersebut berjumpa dengan saya dan menyatakan hasrat beliau serta tanggungjawab yang patut saya pegang untuk memenuhi tuntutan ‘Fardhu Kifayah’ di surau tersebut. Ini bukan soal nak tak nak tapi soal Fardhu Kifayah katanya kepada saya. Serba salah juga saya dibuatnya.
Begitulah juga Allah s.w.t. memberi kelebihan kepada sesiapa yang banyak membaca Al-Quran. Dan pastikan bacaan anda mengikut kehendak yang telah digariskan untuk memastikan anda mendapat kebaikan daripadanya bukannya keburukan. Anda insyaAllah dipelihara dengan ROH Al-Quran dalam menjalani hidup yang penuh dugaan di dunia ini.
Sila rujuk kembali Membaca Al-Quran…Pahala atau Dosa yang ditulis sebelum ini.
-ustahmads-




Posted in
One Response to “Kelebihan Banyak Membaca Al-Quran”
Dulu saya belajar baca al-Quran secara acak saja seketemunya. Maka bacanya juga asal bunyi. Lebih parah klo ikut Yasinan bacanya dari tulisan Latin. Baru setelah tahun 2000 berani baca langsung dari Al-Quran. Alhamdulillah, meski Allah ijinkan khatam 14x, tapi tetap terasa klo bacaan masih tak betul. Masih ragu akan kesempurnaan bacaan. Semoga Allah ijinkan saya bisa membaca dengan tartil sebelum datang ajal. Ijinkanlah juga saya menyambungkan blog ini kepada http://tebakmanggis.blogspot.com/ buat keperluan pengobatan qalbu. Kita yakini Al-Quran sebagai Al-Huda dan Asy-Syiffa. Terimakasih. Wassalam.