Perbezaan ‘Kaedah A-Ba-Ta’ Oleh wajibtajwid.com Dengan Yang Lain
November 19th, 2008 . by admin
Alhamdulillah, dengan namaMu Al-Razak ya Allah, Engkau telah memurahkan rezeki bagi hamba Mu yang tidak mempunyai apa-apa ini. Semuanya tergantung kepada Engkau. Rezeki untuk mendapat redha mu dan sedikit rezeki bagi kami untuk menjalani hidup seharian yang memerlukan kepada barangan keperluan. Terimakasih ya Allah.
Di kesempatan ini, saya mendoakan kepada mereka yang telah terpilih memiliki produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ tidak mengabaikannya. Istiqomah dalam pembelajaran, anda insyaAllah akan berjaya membaca Al-Quran secara bertajwid dengan baik.
Bagi anda yang masih tercari-cari produk yang sesuai untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid, anda seharusnya membaca artikel ini kerana produk keluaran Bunga Jiwa Ent. ini sungguh berbeza dan berkesan semasa anda mengaplikasikan pembacaan Al-Quran yang sebenar. Anda mungkin nampak produk ini seumpama sama seperti produk yang lain juga tiada lebihnya keluaran wajibtajwid.com berbanding yang lain. Mari saya bantu anda untuk membezakan produk ‘Kaedah A-Ba-Ta’ ini dengan yang lain dan anda perlu tahu akan perbezaan ini.
1. Penerangan Makhraj Asas - Setiap huruf Al-Quran diterangkan secara mudah akan makhrajnya berpandukan kepada Baris Atas bagi setiap huruf dan disertakan juga dengan bunyi. Juga anda boleh mendengarkan kepada nasyid nama-nama Allah s.w.t. untuk merujuk kepada bunyi asas yang tertentu sepertimana dinyatakan dalam penerangan tersebut. Terdapat juga ilustrasi penulisan Rumi sebagai rujukan. Gabungan kesemua itu menyebabkan ianya sungguh mudah bagi anda yang baru / ingin merujuk untuk mengikuti kaedah sebegini.
2. Penerangan Hukum Tajwid - Setiap Hukum Tajwid diterangkan dengan jelas dan diwarnakan untuk menambahkan lagi kejelasannya. Audio cara membunyikan dengan betul juga disertakan semasa sessi penerangan ini. Soalan-Jawapan bagaimanakah Hukum Tajwid tersebut terjadi dapat memberikan pengukuhan kepada daya ingatan akan Hukum Tajwid tersebut. Penulisan secara rumi dan penerangan cara membunyikan Hukum Tajwid tersebut juga disertakam bagi memudahkan lagi untuk anda memahami dan mengikuti kaedah bunyi tersebut.
3. Latihan Pengukuhan Berperingkat - seumpama latihan membaca Muqoddam, Iqra’, Qiraati serta yang lain seumpamanya. Tidak dinafikan latihanlah yang sangat penting untuk membolehkan kita perasan dan kenal dengan tanpa ragu sesuatu Hukum Tajwid di dalam Al-Quran dan mampu membacanya mengikut apa yang dikehendaki oleh Hukum Tajwid tersebut. Disamping meningkatkan kelancaran secara berdikit-dikit. Kekukuhan dan kelembutan bacaan adalah sangat bergantung kepada latihan.
Nota: Jika hanya membaca akan penerangan sesuatu Hukum Tajwid dan membaca beberapa contoh yang disertakan, bacaan sebegini tidak dapat diaplikasikan di dalam pembacaan Al-Quran. Disamping ianya tidak kukuh berada di dalam ingatan anda, anda juga tidak perasan tentang Hukum Tajwid semasa pembacaan Al-Quran. Itulah yang orang kata, baca main langgar aje. Penerangan secara sebegini banyak terdapat dimana-manapun. Buku-buku tajwid, di internet apatah lagi, tetapi ia tidak dapat banya membantu untuk meningkatkan bacaan anda. Kecuali ianya berguna kepada orang untuk membuat rujukan sahaja.
4. Soalan Di Dalam Latihan Pengukuhan - Sebagai ulangkaji kepada Hukum Tajwid yang telah dipelajari. Anda diminta untuk menjawab sendiri semua soalan di dalam Latihan Pengukuhan yang dibaca di ketika itu. Alah bisa tegar biasa, setelah menjawab banyak kali anda akan merasa ianya sungguh mudah. Dan ketahuilah dengan cara begini, anda akan perasan Hukum Tajwid di dalam bacaan Al-Quran anda dan anda boleh menerangkan untuk orang lain. Maka anda boleh untuk mengajar sekurang-kurangnya anak anda.
Nota: Walaubagaimanapun, anda mesti mempersembahkan bacaan kepada ustaz tajwid untuk memastikan bahawa bacaan anda itu betul. Dengan kaedah ini, anda telah tahu akan Hukum Tajwid tersebut dan tahu menyebutnya. Cuma untuk memastikan. Jika ada teguran, itu adalah teguran yang minima sahaja dan anda mudah membetulkannya. Berbanding jika anda belajar secara tradisional, banyak masa yang anda perlukan. Yang lebih malang, anda give-up disebabkan lama sangat tempoh untuk habiskan.
Setakat itu dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi di artikel yang lain.

Posted in