Balasan Daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri(KKDN)
March 2nd, 2008 . by admin
Sepertimana dimaklumkan sebelum ini di Balasan Daripada Jabatan Mufti N.Selangor, iaitu dengan perkenannya Jabatan Mufti N. Selangor terhadap produk yang dikeluarkan oleh www.wajibtajwid.com, mereka telah memanjangkan permohonan saya ke Ustaz Mohd Rahimi bin Ibrahim, Unit Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Putra Jaya.
Pada hari Rabu 13 hb Feb 2008, saya telah menyerahkan 2 salinan original transkrip dan 1 CD sebagai tambahan kepada yang telah dihantar oleh Jabatan Mufti N. Selangor kepada Ustaz Mohd Rahimi. Penyerahan ini telah dibuat di Hotel Bluewave Shah Alam yang mana ketika itu Ustaz Mohd Rahimi sedang menjalani seminar di sana.
Ketika artikel ini ditulis, saya telah pun menerima salinan surat daripada KKDN kepada Y. Bhg Sahibus Samahah Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes b. Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, yang menyatakan bahawa permohonan penyemakan teks / bahan Al-Quran ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ telah pun diambil tindakan dan dikemukakan dalam Mesyuarat Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran, Bil 1/2008 yang telah diadakan pada 11 hingga 14 February 2008.
Saya juga telah berkomunikasi dengan KKDN dan bertanyakan apakah tindakan selanjutnya daripada pihak Jabatan KKDN? Pihak KKDN menyatakan bahawa pada bulan March 2008 ini, mereka akan masukkan perkara tersebut ke mesyuarat lembaga yang mana katanya dihadiri oleh mufti-mufti se-Malaysia.
Saya tidak mengharapkan produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ ini terus mendapat kelulusan’ on the spot’ daripada pihak jemaah lembaga mufti Malaysia, cukup sekiranya mereka menerima kaedah Pembelajaran Tajwid yang telah disusun oleh saya dan mencadangkan pembaikan (sekiranya ada) dari segi kesilapan-kesilapan kecil dari sudut ejaan dan penulisan, saya bersedia untuk membaikinya. Diharapkan mereka telah pun membuat review terhadap produk tersebut. InsyaAllah, saya mengharapkan sesuatu yang positif apabila saya membuat follow-up nanti. Kepada anda, marilah sama-sama kita mendoakan agar produk ini mendapat tempat di hati anda sekelian.
Saya mengharapkan produk Belajar Tajwid ini mendapat tempat bukan kerana promosinya yang berlebih-lebihan sebaliknya kerana isi kandungan dan cara penyampaian yang unik menyebabkan pelajar dapat belajar dengan mudah dan efektif. InsyaAllah…
Ruj Fail: KKDN:PQ/Q.1001-269(5) Tarikh: 25 February 2008
ustahmads

Posted in