Tajwid & Al-Quran
Informasi Pembelajaran Tajwid dan Al-Quran
about this blog Artikel Blog Ini

Tajwid & Al-Quran

Mengapa Perlu Membaca Al-Quran

published on January 31st, 2008 . by admin

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang dibaca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.  Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita.

Balasan Daripada Jabatan Mufti N. Selangor

published on January 19th, 2008 . by admin

Pada hari khamis 17/01/2008 baru-baru ini saya telah menerima surat daripada Jabatan Mufti Negari Selangor. Ia adalah balasan surat permohonan yang telah saya serahkan pada 10/12/2008 iaitu Permohonan Surat Akuan / Sokongan terhadap produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kepada umum dan institusi pendidikan. Sila ke artikel Produk Wajibtajwid Ke Jabatan N.Selangor.

Pastinya anda sekelian berminat untuk mengetahui apakah yang telah di jawab oleh Jabatan Mufti tersebut bukan? Tujuan saya membuat permohonan ini adalah untuk tidak menimbulkan keraguan dikalangan anda agar niat suci anda untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid tidak tertangguh lagi. Berdasarkan kepada pengajian saya mengikuti kaedah yang boleh dikatakan terbaik masa kini, diikuti pengalaman mengajar yang telah lebih daripada 7 tahun dan testimoni sokongan daripada pengasuh saya yang telah lebih daripada 16 tahun mengajar kaedah tersebut, saya yakin kaedah mudah yang saya hasilkan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ditakdirkan, mungkin menjadi antara yang terbaik. Cuma masa yang akan menentukan. InsyaAllah.

Anda mungkin keliru dengan pelbagai jenis produk belajar tajwid yang terdapat di internet dan juga off line sama ada percuma ataupun berbayar. Ya, semuanya pada saya mempunyai caranya yang tersendiri insyaAllah semuanya dengan niat suci untuk memberi kemudahan kepada sesiapa yang berkemahuan.

Walaubagaimanapun, pada pengamatan saya kebanyakkannya adalah:

1. Menceritakan sesuatu hukum tajwid, bagaimana sesuatu hukum tajwid itu terjadi, contoh ayat dan mungkin juga terdapat contoh bacaan.

2. Menyediakan kaedah pembelajaran asas yang boleh dikatakan sistematik tetapi tidak mempunyai penerangan tentang pelajaran dan hukum tajwid.

Pada pendapat saya, kaedah 1 dan 2 diatas kurang efektif apabila anda ingin mengaplikasikan bacaan pada mana-mana surah di dalam Al-Quran. Kecuali kepada anda yang sudah mahir dan menggunakan kaedah 1 di atas untuk mengulangkaji tentang hukum tajwid.

Berbeza dengan ‘kaedah A-BA-TA, Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kerana ia mempuyai kedua-duanya sekali, informasi dan latihan berperingkat, malah mempunyai penerangan mudah cara membunyikan sesuatu hukum tajwid. Dengan cara tersebut, anda mampu mengaplikasikan bacaan anda secara bertajwid pada mana-mana surah yang ingin anda baca.

Berbalik kepada persoalan, apakah yang telah di jawab oleh Jabatan Mufti N.Selangor tentang permohonan saya? Sebenarnya saya mendapat surat s.k. (salinan kepada atau cc copy) daripada Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja, Mufti Negeri Selangor kepada En. Mohd Rahimi bin Ibrahim, Unit Kawalan Teks Al-Quran di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Ruj. kami: (54) dlm.Mufti.Sel.400-4    Tarikh: 4 January 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1428

-ustahmad-

Perkembangan Kaedah A-BA-TA Daripada WajibTajwid

published on January 15th, 2008 . by admin

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana di tahun baru ini, www.wajibtajwid.com sehingga sekarang telah pun mencapai usia 4 bulan daripada tarikh mula beroperasi. Bulan ini adalah bulan yang ke-5.

Semacam tidak percaya, produk ‘Kaedah A-BA-TA, Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ mendapat sambutan yang tidak diduga oleh saya. Target pada bulan ini adalah 10 set akan dikeluarkan kepada bakal pelajar. Namun setakat artikel ini ditulis, 9 set telah pun diedarkan kepada bakal pelajar. Tidak mustahil, lebih daripada 10 set akan dikeluarkan pada bulan ini. “Ya Allah, jauhkan aku daripada sifat riak dan jadikanlah aku orang yang beriman dan menurut perintah.”

Syukur juga kepada Allah s.w.t. kerana setakat ini tiada sebarang aduan negatif terhadap produk wajibtajwid sungguhpun ia baru diperingkat permulaan dan mungkin masih banyak kelemahan. Sesungguhnya Allah s.w.t. berkuasa memelihara akan sesuatu yang dikehendakinya.

Khas kepada anda, jika anda ada menyimpan niat untuk belajar membaca Al-Quran, mulakanlah langkah pertama anda secepat mungkin. Sementara anda masih dikurniakan tenaga menghirup udara segar di dunia yang fana ini. Anda boleh mendapatkan apa-apa kaedah di pasaran atau terus menemui guru untuk mula belajar. Belajar tajwid Al-Quran menggunakan Kaedah A-BA-TA daripada wajibtajwid adalah satu kelainan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Detail tentang kaedah A-BA-TA, belajar membaca Al-Quran secara bertajwid dan berperingkat, anda bolehlah ke www.wajibtajwid.com

-ustahmads-

Tahun Baru Masihi 2008

published on January 1st, 2008 . by admin

Selamat datang 2008. Selamat tinggal 2007. Bermakna semakin hampir kita mengucapkan: Selamat datang alam barzakh, selamat tinggal dunia yang fana. Maaf, kerana memotong semangat baru anda di 2008.

Kadang-kala kita berseronok menyambut ketibaan setiap kali datangnya tahun baru. Banyak perkara diwar-warkan dengan keseronokan. Dengan program TVnya, dengan sambutan bunga apinya dan bermacam-macam lagi. Sungguh seronok anak muda itu dengan suasana yang dicipta oleh ayah-ayah dan datuk-datuk mereka.

Ayah! datuk! khususnya kaum lelaki, saya dan anda mempunyai tanggungjawab. Dalam keseronokan itu jangan lupa kita hendaklah berusaha meninggalkan sesuatu yang sungguh bermakna untuk bekalan di hari kemudian.

  • Jangan lupa untuk meninggalkan anak yang soleh/solehah yang sentiasa mendoakan akan kedua ibubapanya.
  • Jangan lupa untuk ikhlaskan dan perbanyakan sedekah dan amal jariah anda.
  • Jangan lupa untuk meninggalkan ilmu yang bermanafaat bagi yang hidup mengamalkannya.

Marilah kita sama-sama berazam untuk perkara yang diatas.

1. Mulakan dengan diri anda dengan memperbanyakkan membacakan Al-Quran. Ajarkan kepada anak-anak anda. Galakkan mereka untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran. InsyaAllah, anda dan mereka akan terdorong untuk melakukan perkara yang baik-baik dan terpelihara daripada melakukan perkara yang tidak baik. Belajar Al-Quran jika masih ragu tentang tajwid.  Keterbukaan belajar tafsir dan sebagainya yang lebih mendalam tentang Al-Quran akan datang sendiri kemudian hari.  InsyaAllah.

2. Didik diri anda dengan perasaan ikhlas akan apa sahaja yang anda lakukan. Buangkan perasaan riak, ego, sombong dan perkara lain yang sewaktu dengannya. Jariah anda tidak semestinya dengan wang ringgit. Membantu untuk memakmurkan surau dan ahli kariah dengan majlis tahlil, bacaan Yassin, marhaban, cukur kepala, aqiqah, korban dan bermacam-macam lagi juga dikira amal jariah.

3. Disini saya berbesar hati menerima coretan ilmu yang bermanafaat untuk dimuatkan di dalam blog ini khususnya tentang Tajwid dan Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. E-mailkan coretan anda kepada ustahmads[@]wajibtajwid.com (buangkan tanda kurungan untuk e-mail kepada saya) atau melalui Page Hubungi Kami di blog ini. InsyaAllah, ilmu yang sedikit dikongsikan untuk manfaat bersama akan mendapa balasan daripada Allah s.w.t.

Semoga, 2008 akan memberi banyak makna kepada anda dan saya. Wallahualam.

-ustahmads-