Tajwid & Al-Quran
Informasi Pembelajaran Tajwid dan Al-Quran
about this blog Artikel Blog Ini

Tajwid & Al-Quran

Produk Wajibtajwid ke Jabatan Mufti N.Selangor

published on December 11th, 2007 . by admin

Alhamdulillah, Akhirnya saya berjaya menyerahkan Permohonan Surat Akuan/Sokongan Pengedaran untuk produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Sebelum ini saya ada membuat presentation kepada ketua bahagian pendidikan JAIS dan 2 lagi pegawai yang berkaitan.  Setelah mendapat petunjuk yang agak jelas, saya diminta untuk ’present dan submit’ dokumen permohonan kepada Pengarah JAIS.  Dan pada 10hb Desember 2007, saya dijumpakan dengan Penolong Pengarah JAIS kerana mungkin Pengarah sibuk.  Oleh kerana permohonan ini melibatkan pembelajaran Al-Quran, Penolong Pengarah JAIS meminta saya untuk ‘present dan submitkan’ dokumen tersebut ke Jabatan Mufti yang berada di bangunan bersebelahan.  Beliau telah terlebih dahulu memaklumkan tentang kedatangan saya kepada Timbalan Mufti di sana.

Saya terus menuju ke Jabatan Mufti Negari Selangor (JMNS) sepertimana disarankan.  Disana saya berjumpa dengan S.S. Timbalan Mufti Selangor iaitu Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar.   Di bilik beliau saya presentkan tentang produk yang diedarkan oleh wajibtajwid.com seterusnya submit dokumen yang saya rasakan perlu iaitu, 1- Surat Permohonan  2- Kertas Kerja ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’  3- Transkrip Penerangan dan Pembelajaran  4- CD ”Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ .

 Surat Permohonan yang saya telah siapkan untuk JAIS diminta untuk ditukarkan penerimanya kepada JMNS dan ditujukan kepada S.S Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid.  Saya meminta jasa baik kakitangan yang bertugas di jabatan tersebut untuk membuat pertukaran penerima permohonan tersebut dan seterusnya submit surat permohonan tersebut kepada Timbalan Mufti.  Bersyukur kepada Allah s.w.t. diatas perjalan saya yang tidak terancang tetapi begitu nampak terancang.

 Bayangkan sekiranya saya diminta untuk ke Jabata Mufti, tetapi tidak dimaklumkan kedatangan saya ke sana.  Mungkin juga tiada siapa yang akan menyambut saya di sana, maklumlah masing-masing sibuk.  Pertukaran penerima pun terus dilakukan di sana tanpa perlu saya balik dahulu ke rumah, buat edition, print dan submit semula.  Sesungguhnya itu semua ketentuan Ilahi.  Saya pasrah.

-ustahmads-

Kelebihan Banyak Membaca Al-Quran

published on December 11th, 2007 . by admin

Sesungguhnya kelebihan Al-Quran tidak dapat kita hitungkan. Apa saja di dunia ini tidak dapat menandingi Kalam Allah s.w.t. itu. Jika anda mengamalkan dan cinta akan Al-Quran, insyaAllah kelebihan dan kebaikan itu akan berada di dalam diri anda. Mungkin anda tidak menyedarinya dan mungkin suatu hari anda merasainya. Banyakkanlah membaca AlQuran - insyaAllah Nur Al-Quran akan mengalir di dalam diri anda, apa saja yang bakal anda lakukan didalam kehidupan harian anda akan terpelihara dengan ROH Al-Quran.

Bukan untuk riak tetapi ingin berkongsi dengan anda semua sedikit tentang apa yang saya rasai sekarang. Saya bukanlah setanding dengan para ulamak atau ustaz-ustaz tersohor tanah air, malahan terlalu jauh jika hendak dibandingkan. Namun saya dapat merasakan bahawa ilham penghasilan kaedah A-BA-TA. Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ ini pun terhasil daripada kesungguhan saya dalam pengamalan bacaan Surah Al-Waqi’ah.  Surah yang boleh memberi anda KEKAYAAN atau lebih tepat WEALTH.  Bermaksud bukan tertumpu kepada kekayaan wang, tetapi kaya dari segi keseluruhan.  Contonya:  kekal sihat, tiada musuh, dikurniakan anak dan sebagainya termasuk juga wang.  Alhamdulillah…

Sekarang ini saya juga semakin kerap di suruh mengimami makmun di Surau.  Ianya bermula pada Bulan Ramadan 2007 di mana saya pertama kali mengikuti TADARUS AL-QURAN yang dijalankan di surau tersebut.  Dan Imam surau tersebut berjumpa dengan saya dan menyatakan hasrat beliau serta tanggungjawab yang patut saya pegang untuk memenuhi tuntutan  ‘Fardhu Kifayah’ di surau tersebut.  Ini bukan soal nak tak nak tapi soal Fardhu Kifayah katanya kepada saya.  Serba salah juga saya dibuatnya.

Begitulah juga Allah s.w.t. memberi kelebihan kepada sesiapa  yang banyak membaca Al-Quran.  Dan pastikan bacaan anda mengikut kehendak yang telah digariskan untuk memastikan anda mendapat kebaikan daripadanya bukannya keburukan.  Anda insyaAllah dipelihara dengan ROH Al-Quran dalam menjalani hidup yang penuh dugaan di dunia ini.

Sila rujuk kembali Membaca Al-Quran…Pahala atau Dosa yang ditulis sebelum ini.

-ustahmads-

Testimoni Produk WajibTajwid.com

published on December 7th, 2007 . by admin

Alhamdulillah, akhirnya saya mendapat testimoni daripada Pengasuh saya Ustaz H.Iman Sucipto setelah hampir 3 bulan daripada tarikh beliau menyemak produk ‘‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid“. Beliau adalah salah seorang guru tajwid kaedah Qiraati yang namanya ada tertulis pada buku-buku Kaedah Qiraati. Beliau mendapat pendidikan di pondok terkenal Indonesia iaitu di Pondok Modern Darussalam Gontor, Ponorogo, Indonesia. Beliau telah lebih daripada 16 tahun pengalaman dalam mengajar Al-Quran secara bertajwid kaedah Qiraati di Malaysia.

Sungguhpun baru 3 bulan produk wajibtajwid.com berada di persada internet untuk tatapan umum, sudah lebih daripada 10 pelanggan telah memiliki CD ‘‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid‘ samada secara set ataupun berasingan. InsyaAllah, dengan adanya testimoni daripada Ustaz H.Iman Sucipto dan rakan pelajar produk wajibtajwid.com nanti, ilmu ini akan dengan lebih cepat tersebar. Dan anda penulis testimoni insyaAllah akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Kepada pemilik CD ‘‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid“, anda dialu-alukan untuk mengirimkan testimoni anda berserta gambar ke support@wajibtajwid.com. Jika diizinkan Allah s.w.t., selain mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. testimoni yang terpilih untuk disiarkan di laman web utama wajibtajwid.com ini juga akan mendapat sesuatu yang istimewa daripada wajibtajwid.com. Selamat mencuba.

Testimoni Ustaz H.Iman Sucipto, insyaAllah akan berada di laman web pada minggu hadapan. Anda pasti ingin mengetahuinya.

-ustahmads-