Tajwid & Al-Quran
Informasi Pembelajaran Tajwid dan Al-Quran
about this blog Artikel Blog Ini

Tajwid & Al-Quran

Bacaan Yasin Untuk Orang Menghadapi SakaratulMaut

published on March 31st, 2009 . by admin

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra’ Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. 

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:- 

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-masing membaca surah Yasin,dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita ‘disibukkan’ dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).. 

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:- 

i. Lantik seorang yang bacaan Al-qurannya baik (dari segi tajwid)untuk membaca surah Yasin - yang lain-lain boleh bersama-sama semak. 

ii. Sebaik-baik orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak. 

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau. 

iv.  Membaca 3 hingga 4 kalimah/ayat Surah Yasin, berhenti, dan menolong(menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”. 

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah/ayat,berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi. 

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. 

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata-mata melalui ikutan adat.

sumber - Proton Infornet -  

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Pahala Membaca Al-Quran

published on January 28th, 2009 . by admin

Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran. Tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama di antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Pahala mengenai tiap-tiap ayat yang di baca ada disebutkan dalam beberapa hadis, antaranya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

” Siapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. ataranya:

Dari ‘Ata’ bin Abi Rabah, telah berkata, telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.”

Selain daripada pahala yang disebutkan di atas, pahala membaca Al-Quran di dalam solat adalah lebih besar daripada bacaan di luar solat. Dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

  • Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap huruf seratus kebajikan.
  • Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan

Marilah kita sama-sama sentiasa dalam belajar membaca Al-Quran kerana jika kesalahan berlaku semasa kita membaca Al-Quran akan dimaafkan sebaliknya jika kita tidak dalam belajar, bacaan yang salah akan mengundang dosa. Lagi banyak kita baca lagi banyak mengumpul dosa.

Sekiranya kita telah mendapat sanat bacaan daripada beberapa orang ustaz dan sangat yakin dengan bacaan kita itu, insyaAllah bacaan kita itu betul. Tetapi belajar tetap perlu diteruskan mungkin di dalam bab yang lain contohnya memahami makna dan tuntutan Al-Quran itu sendiri.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Perbezaan ‘Kaedah A-Ba-Ta’ Oleh wajibtajwid.com Dengan Yang Lain

published on November 19th, 2008 . by admin

Alhamdulillah, dengan namaMu Al-Razak ya Allah, Engkau telah memurahkan rezeki bagi hamba Mu yang tidak mempunyai apa-apa ini.  Semuanya tergantung kepada Engkau.  Rezeki untuk mendapat redha mu dan sedikit rezeki bagi kami untuk menjalani hidup seharian yang memerlukan kepada barangan keperluan.  Terimakasih ya Allah.

Di kesempatan ini, saya mendoakan kepada mereka yang telah terpilih memiliki produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ tidak mengabaikannya.  Istiqomah dalam pembelajaran, anda insyaAllah akan berjaya membaca Al-Quran secara bertajwid dengan baik.

Bagi anda yang masih tercari-cari produk yang sesuai untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid, anda seharusnya membaca artikel ini kerana produk keluaran Bunga Jiwa Ent. ini sungguh berbeza dan berkesan semasa anda mengaplikasikan pembacaan Al-Quran yang sebenar.  Anda mungkin nampak produk ini seumpama sama seperti produk yang lain juga tiada lebihnya keluaran wajibtajwid.com berbanding yang lain. Mari saya bantu anda untuk membezakan produk ‘Kaedah A-Ba-Ta’ ini dengan yang lain dan anda perlu tahu akan perbezaan ini.

1.  Penerangan Makhraj Asas - Setiap huruf Al-Quran diterangkan secara mudah akan makhrajnya berpandukan kepada Baris Atas bagi setiap huruf dan disertakan juga dengan bunyi.  Juga anda boleh mendengarkan kepada nasyid nama-nama Allah s.w.t. untuk merujuk kepada bunyi asas yang tertentu sepertimana dinyatakan dalam penerangan tersebut.  Terdapat juga ilustrasi penulisan Rumi sebagai rujukan.  Gabungan kesemua itu menyebabkan ianya sungguh mudah bagi anda yang baru / ingin merujuk untuk mengikuti kaedah sebegini.

2.  Penerangan Hukum Tajwid - Setiap Hukum Tajwid diterangkan dengan jelas dan diwarnakan untuk menambahkan lagi kejelasannya.  Audio cara membunyikan dengan betul juga disertakan semasa sessi penerangan ini.  Soalan-Jawapan bagaimanakah Hukum Tajwid tersebut terjadi dapat memberikan pengukuhan kepada daya ingatan akan Hukum Tajwid tersebut.  Penulisan secara rumi dan penerangan cara membunyikan Hukum Tajwid tersebut juga disertakam bagi memudahkan lagi untuk anda memahami dan mengikuti kaedah bunyi tersebut.

3.  Latihan Pengukuhan Berperingkat - seumpama latihan membaca Muqoddam, Iqra’, Qiraati serta yang lain seumpamanya.  Tidak dinafikan latihanlah yang sangat penting untuk membolehkan kita perasan dan kenal dengan tanpa ragu sesuatu Hukum Tajwid di dalam Al-Quran dan mampu membacanya mengikut apa yang dikehendaki oleh Hukum Tajwid tersebut.   Disamping meningkatkan kelancaran secara berdikit-dikit.  Kekukuhan dan kelembutan bacaan adalah sangat bergantung kepada latihan.

Nota: Jika hanya membaca akan penerangan sesuatu Hukum Tajwid dan membaca beberapa contoh yang disertakan, bacaan sebegini tidak dapat diaplikasikan di dalam pembacaan Al-Quran.  Disamping ianya tidak kukuh berada di dalam ingatan anda, anda juga tidak perasan tentang Hukum Tajwid semasa pembacaan Al-Quran.  Itulah yang orang kata, baca main langgar aje.  Penerangan secara sebegini banyak terdapat dimana-manapun.  Buku-buku tajwid, di internet apatah lagi, tetapi ia tidak dapat banya membantu untuk meningkatkan bacaan anda.  Kecuali ianya berguna kepada orang untuk membuat rujukan sahaja.

4.  Soalan Di Dalam Latihan Pengukuhan - Sebagai ulangkaji kepada Hukum Tajwid yang telah dipelajari.  Anda diminta untuk menjawab sendiri semua soalan di dalam Latihan Pengukuhan yang dibaca di ketika itu.  Alah bisa tegar biasa, setelah menjawab banyak kali anda akan merasa ianya sungguh mudah.  Dan ketahuilah dengan cara begini, anda akan perasan Hukum Tajwid di dalam bacaan Al-Quran anda dan anda boleh menerangkan untuk orang lain.  Maka anda boleh untuk mengajar sekurang-kurangnya anak anda.

Nota: Walaubagaimanapun, anda mesti mempersembahkan bacaan kepada ustaz tajwid untuk memastikan bahawa bacaan anda itu betul.  Dengan kaedah ini, anda telah tahu akan Hukum Tajwid tersebut dan tahu menyebutnya.  Cuma untuk memastikan.  Jika ada teguran, itu adalah teguran yang minima sahaja dan anda mudah membetulkannya.  Berbanding jika anda belajar secara tradisional, banyak masa yang anda perlukan.  Yang lebih malang, anda give-up disebabkan lama sangat tempoh untuk habiskan.

Setakat itu dahulu untuk kali ini.  Jumpa lagi di artikel yang lain. 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

YAKIN - Kaedah Mudah Terbaik Belajar Mengaji Bertajwid Masa Kini

published on August 15th, 2008 . by admin

Syukur dan Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu diruangan yang telah agak lama saya tinggalkan. Bukan kerana niat untuk meninggalkannya beberapa ketika, tetapi kerana memberi sedikit tumpuan kepada aktiviti untuk meningkatkan kepercayaan terhadap produk yang dikeluarkan oleh Bunga Jiwa Ent. yang diedarkan buat masa ini melalui wajibtajwid.com.

Diantara perkara yang telah pun dan sedang dalam proses perbincangan adalah bagaimana MEYAKINKAN bakal pelajar bahawa kaedah belajar mengaji yang diperkenalkan ini adalah yang sesungguhnya untuk mereka. Juga bagaimana MENINGGIKAN NILAI kepada kaedah belajar tajwid yang diperkenalkan ini dan juga kepada pelajar itu sendiri. Mungkin kebanyakkan daripada anda telah sedia maklum bahawa betapa tingginya nilai pelajaran akademik di mata kita sekarang ini sehinggakan selagi mampu kita sanggup berhabis asalkan anak kita menjadi seorang yang berpelajaran tinggi. Lain halnya dengan belajar mengaji Al-Quran, makin hari nilainya makin menurun dikalangan masyarakat kita. Tidak menjadi salah meninggikan ilmu akademik kerana itu adalah ilmu Allah jua, cuma jangan sampai kita merendahkan Al-Quran kerana semua ilmu itu bersumberkan kepada Al-Quran-nul-karim.

” Ya Allah, bantulah kami yang lemah ini untuk meninggikan nilai belajar Al-Quran yang telah Engkau turunkan kepada Rasulullah s.a.w., tunjukkanlah kepada kami jalan yang sesungguhnya agar semuanya dapat melihat ini dan merasai akan kebesaranMu ya Rabbal-’alamin”.

Sebuah KEYAKINAN tidak boleh berdiri dengan sendirinya melainkan perlu di sandarkan kepada bukti-bukti nyata. Apatah lagi sebuah keluaran itu datangnya daripada mereka yang kurang ada nama dikalangan masyarakat. Justru, saya seorang yang tidak tahu apa-apa tentang membina keyakinan terhadap sebuah karya, pergi mempersembahkan produk ini kepada guru saya Hj. Ust. Iman Sucipto. Membayangkan bahawa pasti tidak dipesetujuinya kerana kaedah yang diajarkan kepada saya dan murid-murid lainnya adalah berbeza dan juga efektif. Siapalah saya untuk memperkenalkan kaedah yang saya ciptakan ini. Syukur Alhamdulillah, guru saya dapat menerimanya dengan baik dan mengatakan bahawa ‘kadang-kadang seseorang itu tidak hanya mendapat pelajaran daripada apa yang dipelajari daripada gurunya sahaja, malah dia mungkin mendapat lebih daripada itu atas kehendak Allah s.w.t’. Satu tahap keyakinan saya terhadap produk ini bertambah.

Saya meneruskan usaha meningkatkan keyakinan terhadap produk ini dengan cara mendapatkan surat akuan dan sokongan daripada badan-badan agama yang berdekatan. Sekali lagi, Alhamdulillah, sekali pun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak sanggup untuk mendengar penerangan tentang produk yang saya hasilkan tetapi beliau telah menyarankan saya untuk membuat penerangan kepada Timbalan Mufti di Jabatat Mufti N.Selangor (JMNS). Dengan Rahmat Allah s.w.t., pihak JMNS menyambut baik produk tersebut dan membuat semakan dan dipanjangkan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) Bahagian Penerbitan dan Teks Al-Quran. Sekarang, pihak KKDN tiada halangan untuk produk ini diterbitkan. Tahap keyakinan terhadap produk yang dikeluarkan ini semakin bertambah.

Seterusnya, saya kembali kepada JAIS bagi mendapatkan Surat Akuan dan Sokongan untuk diedarkan kepada umum dan institusi pengajian. Pihak JAIS telah pun mengeluarkan surat sokongan tersebut dan membenarkan ianya di promosikan ke sekolah-sekolah JAIS. Satu tahap keyakinan baru bertambah.

Berbekalkan pengalaman diatas, saya seteruskan membuat permohonan Surat Akuan dan Sokongan terhadap produk ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sekali lagi, Syukur Alhamdulillah, pihak JAKIM telah pun mengeluarkan Surat Akuan dan Sokongan tersebut. Ditahap ini, saya harap semua mempunyai KEYAKINAN terhadap produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ yang dikeluarkan oleh Bunga Jiwa Ent.

InsyaAllah, saya akan uploadkan surat-surat ini untuk tatapan anda bagi menambahkan lagi keyakinan anda terhadap produk ini. Bukan bertujuan lain melainkan untuk menambahkan keyakinan anda agar anda memilih untuk belajar membaca Al-Quran Secara bertajwid daripada kaedah ini.

Bab MENINGGIKAN NILAI tidak sempat disentuh. Mungkin selepas tamat aktivitinya, insyaAllah.

ustahmads

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Produk WajibTajwid.com Telah Diluluskan Oleh KKDN

published on June 13th, 2008 . by admin

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpahan kasih sayangnya maka produk yang diperkenalkan oleh wajibtajwid.com akhirnya telah mendapat kelulusan daripada Kementeria Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) bahagian Al-Quran.  Dengan ini tidak timbul lagi perasaan was-was oleh bakal pelanggan terhadap produk yang telah dihasilkan dan diedarkan oleh wajibtajwid.com.

Pada hari kebesaran mingguan iaitu pada hari Jumaat yang lepas pada 6/6/2008 pagi, sedang saya bercuti di kampung isteri saya di Kerteh Kemaman Terengganu, saya telah mendapat panggilan daripada kawasan yang saya tahu daripada mana datangnya 03, mana lagi kalau bukan kawasan Selangor atau KL.  Setelah beliau memperkenalkan diri, saya sudah tahu ini adalah staff KKDN yang sering saya berhubung sejak Januari 2008 untuk mengetahui perkembangan produk saya, dimana permohonan Surat Akuan/Sokongan  dibuat melalui Jabatan Mufti Selangor.

“permohonan ustaz tentang produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ telah diluluskan oleh jemaah lujnak KKDN, ustaz dah terima ke belum suratnya?”.  Mendengar ucapan itu saya merasa sungguh terharu dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana tidak menyangka dengan sekali penghantaran sahaja produk pertama daripada syarikat Bunga Jiwa Ent. terus mendapat kelulusan tanpa perlu dibuat pembetulan walaupun saya tahu disana terdapat sedikit kesilapan ejaan.  Alhamdulillah, Allah s.w.t. telah mempermudahkan perjalanan ini.

Dengan kelulusan tersebut diharapkan kepada anda yang masih ragu untuk memiliki produk ini, anda tidak perlu merasa ragu lagi kerana ianya telah dijamin oleh Jabatan Mufti Selangor dan KKDN bahagian Al-Quran.  InsyaAllah, produk ini nanti akan dipasarkan secara commercial/conventional pada suatu hari yang mungkin tidak berapa lama lagi.  Sekarang saya sedang merancang untuk mengeluarkannya secara mass dan strategi marketing supaya semua orang tahu bahawa disana terdapat unix produk yang boleh membantu mereka untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid.  Diharapkan ianya diizinkan oleh yang maha perkasa, yang mengetuai pada hari pembalasan.

Saya juga mungkin akan membuat kajian tentang approach penjualan produk dan revisi terhadap harga yang ditawarkan.  Saya tidak mahu ia dilihat sebagai suatu bahan murahan dan saya juga tidak mahu ia dilihat sebagai keterlaluan dari segi harga.  Apa yang saya inginkan adalah ia akan dilihat sebagai satu ilmu yang tinggi nilainya dan tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh pemiliknya kelak.  Sudah pasti ia adalah produk yang mampu untuk dimiliki oleh setiap golongan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Anda Mampu Mengubahnya

published on April 15th, 2008 . by admin

Saya ada terbaca satu kisah yang ditulis oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim daripada UITM di blognya. Semoga sama-sama boleh menjadi pengajaran kepada kita semua. Coretan kisahnya adalah seperti berikut:

“Sukarnya untuk mengajak manusia melakukan kebaikan.”

Ia kenyataan yang sering diungkapkan oleh pendakwah. Saya bukan pendakwah. Bagaimanapun saya kerap mengajak mereka yang hampir dengan saya - pelajar-pelajar - untuk banyak berdoa dan mengingati Allah s.w.t.

Saya nyatakan dalam gurau-senda dan terselit-selit di antara ‘accounting theory’, penyelidikan dan kisah-kisah kehidupan.

Dua hari lepas, Ust Idris (guru Quran saya) bertanya: Haji, ada tak kawan-kawan haji yang tidak tahu membaca Al-Quran dan mahu belajar? Spontan saya menjawab: Ada, nanti saya akan usahakan. Saya tahu ramai yang hendak belajar tetapi tersangat malu walaupun buta huruf.

Semalam saya bertanya seorang teman sama ada dia berminat untuk belajar Quran. Dia mengubah topik perbincangan. Hati saya berkata: Dia bukan orang yang dipilih!

Petang, saya bertanya dan berkata kepada seorang teman yang lain: Allah s.w.t minta aku sampaikan, mu ni bila nak belajar Quran? Tuhan dah bagi nikmat yang berlebihan untuk kita bersyukur! Berapa lama lagi kita mahu berpura-pura dalam kehidupan kita? (Dia adalah sahabat saya).

Lalu saya ceritakan tentang pertanyaan Ustaz Idris. Saya psiko dia dengan beberapa kenyataan. Aku dulu langsung tak pandai baca Quran. Sekarang ni seronok …masuk pejabat baca Quran, masuk kereta baca Quran dan setiap hari kita belajar perkara yang berbeza. Dia berkata: Aku dah lama hendak belajar. MALU!

Lalu saya nyatakn: Aku dulu juga malu. Hari mula-mula belajar - YA - memang terasa muka tebal seinci. Eh…sekejap sahaja aku dah pandai. Malu bertukar menjadi bangga. Aku mahu ceritakan kepada semua orang yang aku belajar Quran ketika berusia lebih 40 tahun. Mahu ceritakan yang kita sepatutnya lebih malu kerana menyamar pandai dan tahu membaca Quran.

Pagi ini, dia muncul berjumpa dengan Ustaz Idris, Alhamdulillah.

Begitulah kisahnya untuk diambil pengajaran oleh kita semua. Yang sedang belajar, ajak kawan-kawan sama belajar, yang mengajar, tawarkanlah diri untuk mengajar sesiapa sahajar dan yang hendak belajar, haruslah membuang segala sifat malu yang sementara itu kerana ia adalah mainan syaitan yang tidak meinginkan anda mempelajari ayat-ayat Allah s.w.t.

Untuk mengurangkan rasa malu dan berhajat menjadikan masa pembelajaran secara mushafahah (berdepan dengan guru) pendek, anda boleh pelajarinya dahulu dikeselesaan anda dangan memiliki CD ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’. Apabila telah selesa, bergurulah untuk meyakinkan bahawa bacaan anda adalah baik mengikut apa yang sepatutnya.

ustahmads

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Balasan Daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri(KKDN)

published on March 2nd, 2008 . by admin

Sepertimana dimaklumkan sebelum ini di Balasan Daripada Jabatan Mufti N.Selangor, iaitu dengan perkenannya Jabatan Mufti N. Selangor terhadap produk yang dikeluarkan oleh www.wajibtajwid.com, mereka telah memanjangkan permohonan saya ke Ustaz Mohd Rahimi bin Ibrahim, Unit Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Putra Jaya.

Pada hari Rabu 13 hb Feb 2008, saya telah menyerahkan 2 salinan original transkrip dan 1 CD sebagai tambahan kepada yang telah dihantar oleh Jabatan Mufti N. Selangor kepada Ustaz Mohd Rahimi. Penyerahan ini telah dibuat di Hotel Bluewave Shah Alam yang mana ketika itu Ustaz Mohd Rahimi sedang menjalani seminar di sana.

Ketika artikel ini ditulis, saya telah pun menerima salinan surat daripada KKDN kepada Y. Bhg Sahibus Samahah Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes b. Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, yang menyatakan bahawa permohonan penyemakan teks / bahan Al-Quran ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ telah pun diambil tindakan dan dikemukakan dalam Mesyuarat Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran, Bil 1/2008 yang telah diadakan pada 11 hingga 14 February 2008.

Saya juga telah berkomunikasi dengan KKDN dan bertanyakan apakah tindakan selanjutnya daripada pihak Jabatan KKDN? Pihak KKDN menyatakan bahawa pada bulan March 2008 ini, mereka akan masukkan perkara tersebut ke mesyuarat lembaga yang mana katanya dihadiri oleh mufti-mufti se-Malaysia.

Saya tidak mengharapkan produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ ini terus mendapat kelulusan’ on the spot’ daripada pihak jemaah lembaga mufti Malaysia, cukup sekiranya mereka menerima kaedah Pembelajaran Tajwid yang telah disusun oleh saya dan mencadangkan pembaikan (sekiranya ada) dari segi kesilapan-kesilapan kecil dari sudut ejaan dan penulisan, saya bersedia untuk membaikinya. Diharapkan mereka telah pun membuat review terhadap produk tersebut. InsyaAllah, saya mengharapkan sesuatu yang positif apabila saya membuat follow-up nanti. Kepada anda, marilah sama-sama kita mendoakan agar produk ini mendapat tempat di hati anda sekelian.

Saya mengharapkan produk Belajar Tajwid ini mendapat tempat bukan kerana promosinya yang berlebih-lebihan sebaliknya kerana isi kandungan dan cara penyampaian yang unik menyebabkan pelajar dapat belajar dengan mudah dan efektif. InsyaAllah…

Ruj Fail: KKDN:PQ/Q.1001-269(5)    Tarikh: 25 February 2008

ustahmads

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Boleh Pandai ke Saya Membaca Al-Quran Secara Bertajwid?

published on February 9th, 2008 . by admin

Ada yang bertanya saya, “Pembelajaran mengikuti CD ni dah lengkap ke? Betul ke boleh pandai dan lancar bila habis mengikuti emanual ni?”

Pembelajaran mengikuti CD ni dah lengkap ke?

Berbanding dengan Kaedah Qiraati, kaedah A-BA-TA, Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid ini agak lebih kurang sama lengkap tetapi mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri . Jika dibandingkan dengan Kaedah Iqra’ dan muqadam, ia adalah lebih lengkap. Tetapi, jika dibandingkan dengan Buku Tajwid Lengkap, ia adalah kurang lengkap. Walaubagaimanapun, ianya sudah memadai untuk peringkat awal pembelajaran Al-Quran secara bertajwid.

Pastinya, anda mungkin tidak mempelajari nama bagi sesuatu hukum tajwid menggunakan kaedah ini (berbanding Buku Tajwid Lengkap), namun anda telah pun membaca Al-Quran dengan kaedah tajwid yang betul. Anda mungkin keliru dengan penerangan ini. Saya bagi contoh, Mad Thobi’i (atau Mad Asli) dan Mad Badal.

Mad Thobi’i - Berlaku apabila sebarang huruf Baris Atas diikuti huruf Mad Alif atau Alif Kecil, sebarang huruf Baris Bawah diikuti huruf Mad Ya’ dan sebarang huruf Baris Hadapan diikuti Huruf Mad Wau. Dibaca panjang dengan kadar 2 Harakat.

Mad Badal - Berlaku apabila terdapat 2 Hamzah didalam satu kalimah yang mana Hamzah kedua digantikan dengan huruf Mad samada Alif, Ya’ atau Wau bergantung kepada Baris bagi huruf Hamzah pertama. Jika Hamzah pertama Baris Atas, huruf Hamzah kedua digantikan dengan Huruf Mad Alif, Jika Hamzah pertama Baris Bawah, huruf Hamzah kedua digantikan dengan Huruf Mad Ya’ dan begitulah untuk Baris hadapan dan Huruf Mad Wau. Dibaca panjang dengan kadar 2 Harakat.

Jika diperhatikan, sebenarnya kaedah penulisan Mad Thobi’i dan Mad Badal adalah sama. Baris (Atas, Bawah, Hadapan) diikuti Huruf Mad ( Alif, Ya’, Wau). Jika anda tidak mempelajari Mad Badal pun anda akan pasti membacanya 2 Harakat mengikut kaedah Mad Thobi’i yang mana ia adalah sama dan betul dibaca 2 Harakat. Walaupun anda tidak mempelajari lagi secara terpeinci tentang Mad Badal. Begitu jugalah sesetengahnya Hukum Tajwid yang lain.

Betul ke boleh pandai dan lancar bila habis mengikuti emanual ni?

InsyaAllah, jika anda sabar mengikuti kaedah belajar tajwid ini, iaitu dengan Satu Latihan untuk Satu Kali pembelajaran (tidak di pelajari banyak dalam satu masa) dan beralih kepada pelajaran baru setiap kali pembelajaran, memastikan soalan didalam latihan dijawab sebelum beralih kepada pelajaran baru, anda akan berjaya pandai dan lancar. Untuk menambahkan lagi kelancaran, ikuti bacaan imam yang disertakan dalam CD. Mula-mula anda akan tertinggal tetapi lama-kelamaan jika anda sabar mengikutinya kelancaran anda akan bertambah baik. Jangan lupa untuk memperdengarkan/mengesahkan bacaan anda kepada guru tajwid.

Jika anda ada menyimpan niat untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kaedah daripada www.wajibtajwid.com. Anda boleh memulangkannya kembali jika anda tidak berpuas hati. Janganlah anda salah anggap terhadap saya kerana saya sungguh berat untuk menyatakan bahawa duit bukanlah segalanya, manfaatkalah duit anda yang seadanya itu. Begitu juga saya untuk memanfaatkan apa yang saya ada, insyaAllah.

ustahmads

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Mengapa Perlu Membaca Al-Quran

published on January 31st, 2008 . by admin

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang dibaca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.  Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

Balasan Daripada Jabatan Mufti N. Selangor

published on January 19th, 2008 . by admin

Pada hari khamis 17/01/2008 baru-baru ini saya telah menerima surat daripada Jabatan Mufti Negari Selangor. Ia adalah balasan surat permohonan yang telah saya serahkan pada 10/12/2008 iaitu Permohonan Surat Akuan / Sokongan terhadap produk ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kepada umum dan institusi pendidikan. Sila ke artikel Produk Wajibtajwid Ke Jabatan N.Selangor.

Pastinya anda sekelian berminat untuk mengetahui apakah yang telah di jawab oleh Jabatan Mufti tersebut bukan? Tujuan saya membuat permohonan ini adalah untuk tidak menimbulkan keraguan dikalangan anda agar niat suci anda untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid tidak tertangguh lagi. Berdasarkan kepada pengajian saya mengikuti kaedah yang boleh dikatakan terbaik masa kini, diikuti pengalaman mengajar yang telah lebih daripada 7 tahun dan testimoni sokongan daripada pengasuh saya yang telah lebih daripada 16 tahun mengajar kaedah tersebut, saya yakin kaedah mudah yang saya hasilkan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ditakdirkan, mungkin menjadi antara yang terbaik. Cuma masa yang akan menentukan. InsyaAllah.

Anda mungkin keliru dengan pelbagai jenis produk belajar tajwid yang terdapat di internet dan juga off line sama ada percuma ataupun berbayar. Ya, semuanya pada saya mempunyai caranya yang tersendiri insyaAllah semuanya dengan niat suci untuk memberi kemudahan kepada sesiapa yang berkemahuan.

Walaubagaimanapun, pada pengamatan saya kebanyakkannya adalah:

1. Menceritakan sesuatu hukum tajwid, bagaimana sesuatu hukum tajwid itu terjadi, contoh ayat dan mungkin juga terdapat contoh bacaan.

2. Menyediakan kaedah pembelajaran asas yang boleh dikatakan sistematik tetapi tidak mempunyai penerangan tentang pelajaran dan hukum tajwid.

Pada pendapat saya, kaedah 1 dan 2 diatas kurang efektif apabila anda ingin mengaplikasikan bacaan pada mana-mana surah di dalam Al-Quran. Kecuali kepada anda yang sudah mahir dan menggunakan kaedah 1 di atas untuk mengulangkaji tentang hukum tajwid.

Berbeza dengan ‘kaedah A-BA-TA, Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ kerana ia mempuyai kedua-duanya sekali, informasi dan latihan berperingkat, malah mempunyai penerangan mudah cara membunyikan sesuatu hukum tajwid. Dengan cara tersebut, anda mampu mengaplikasikan bacaan anda secara bertajwid pada mana-mana surah yang ingin anda baca.

Berbalik kepada persoalan, apakah yang telah di jawab oleh Jabatan Mufti N.Selangor tentang permohonan saya? Sebenarnya saya mendapat surat s.k. (salinan kepada atau cc copy) daripada Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja, Mufti Negeri Selangor kepada En. Mohd Rahimi bin Ibrahim, Unit Kawalan Teks Al-Quran di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Ruj. kami: (54) dlm.Mufti.Sel.400-4    Tarikh: 4 January 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1428

-ustahmad-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • co.mments
  • YahooMyWeb

« Previous Entries