Terma dan Syarat Pembelian & Penggunaan

Berikut adalah terma dan syarat untuk "Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid" yang mempunyai 3 Langkah Asas Mudah secara berasingan dan juga secara gabungan.  Langkah-langkah tersebut adalah:

Langkah 1: Asa Baris dan Bunyi
Langkah 2: Asas Mad dan Sukun
Langkah 3: Asas Dengung dan Shaddah
Langkah 123: *Gabungan ketiga-tiga Langkah di atas

Anda terikat dengan terma dan syarat ini apabila anda membuat pembelian terhadap CD ROM diatas secara berasingan ataupun secara gabungan.

Harga CD ROM, Hak Cipta Eksklusif, Pengkhususan, dan Ruang Support Khas

1.  Pihak kami berhak menaikkan atau menurunkan harga apabila perlu dan pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.  Sebarang aduan tentang perbezaan harga belian tidak akan dilayan.

2. Jika kami dapati anda menyebarkan eManual CD ROM "Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid" secara percuma dan tidak bercadang/mencadangkan mendapatkannya daripada sumber yang hak di wajibtajwid .com atau Bunga Jiwa Ent.(SA0060297-M), maka kami dengan izin Allah s.w.t. akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang untuk mempertahankan hak kami di wajibtajwid.com atau Bunga Jiwa Ent.

3.  Pakej ini adalah untuk orang dewasa dan tidak sesuai untuk mereka yang berumur 12 tahun dan kebawah.  Pembelajaran adalah secara persendirian dan anda wajib untuk memperdengarkan bacaan anda kepada ustaz tajwid yang bertaulian.  Kelancaran bacaan adalah bergantung kepada anda dan kami hanyalah membekalkan "Penerangan Mudah" bagi hukum tajwid dan audio kaedah membunyikan serta latihan yang menfokuskan kepada pembelajaran ilmu tajwid bukannya kelancaran bacaan.

4. Ruangan  Support dengan menggunakan pendekatan blog iaitu sebuah laman sokongan untuk pembeli tidak dijamin akan kekal selamanya. Ia mungkin akan diberhentikan pada masa-masa yang tidak dijangka jika keadaan terdesak dan memerlukan tindakan sedemikian.

7. Di ruangan support, pihak kami akan sedaya upaya memberikan tips dan panduan berharga buat anda dalam mempelajari ilmu berkaitan dengan asas pembelajaran Al-Quran.

Jaminan Pulangan Wang

1. Pihak Wajibtajwid.com menjanjikan pulangan wang selama 30 hari dari tarikh anda menerima CD ROM "Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid", namun dengan beberapa syarat berikut:

  • Memulangkan kembali CD ROM yang di beli kepada wajibtajwid.com atau Bunga Jiwa Ent.

  • Menunjukkan bukti bahawa pembeli tidak menyimpan bahan pembelajaran "Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid" dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada secara hardcopy ataupun electronik.

2. Bayaran wang akan dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang berjaya.

3. Sekiranya, "Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid" ini mengandungi unsur-unsur yang meragukan, membahayakan pihak pembeli dan orang ramai, teknik pembelajaran yang salah di sisi undang-undang atau etika internet, maka kesemua syarat di atas akan terbatal dengan sendirinya. Wang bayaran anda akan dipulangkan tanpa sebarang soalan dengan syarat pihak pembeli berjaya membuktikan perkara-perkara tersebut diatas.


- Tamat Terma & Syarat -

Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli "Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid"





Pertanyaan, sms kepada  ust. Ahmad: 019-2553325 atau email support@wajibtajwid.com